@melakatakrelax_: MELAKA, 8 Oktober 2026 — Semua sekolah di seluruh Negeri Melaka ditutup pada Jumaat, 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu dan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke tahap tidak sihat. Menurut Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, keputusan tersebut melibatkan sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negeri. Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka serta laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dengan mengambil kira aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah. Pada masa sama, JPN Melaka bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah akan terus memantau perkembangan keadaan jerebu dari semasa ke semasa. Datuk Rahmad turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengikuti makluman daripada saluran rasmi berkaitan perkembangan sesi persekolahan. Dalam keadaan jerebu, orang ramai khususnya murid dan golongan berisiko juga dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara. Sebarang perkembangan lanjut berkaitan operasi sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Melaka dan pihak berkuasa berkaitan. Sumber: YB Datuk Rahmad Mariman EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka #Melakatakrelax #Melaka #Jerebu #Pendidikan
Melaka Tak Relax [EventUpdate]
Region: MY
Thursday 08 October 2026 15:43:07 GMT
Music
Download
Comments
Veronica Collar :
strong hazy in malacca state...everyday here
2026-10-09 00:17:12
0
accnotfoundd440 :
kolej xtutup kee😌
2026-10-09 01:18:33
4
old year :
👍👍👍
2026-10-08 18:13:44
0
To see more videos from user @melakatakrelax_, please go to the Tikwm
homepage.