@demimasaofficial.my: 🍀 Tiga Sifat Manusia Yang Dibenci Dan Akan Dijauhi Oleh Nabi SAW ☘️ Pernahkah kita terfikir bahawa cara kita berbicara juga boleh menjadi sebab kita dijauhi oleh Nabi SAW? Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang tiga sifat manusia yang dibenci dan akan dijauhi oleh Baginda, iaitu: 1. Al-Thartharun 2. Al-Mutasyaddiqun 3. Al-Mutafayhiqun Tiga sifat ini berkait rapat dengan cara kita berbicara dan sikap kita terhadap orang lain. Sebab itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan belajar menjaga lidah, mengurangkan percakapan yang sia-sia serta menjauhi sifat sombong. Bukan semua yang kita fikir perlu diluahkan. Bukan semua benda yang kita tahu dan ada kemahiran. Dan bukan semua percakapan kita membawa kebaikan. Untuk mengetahui dengan lebih jelas maksud dan penerangan tentang ketiga-tiga sifat ini, boleh rujuk video ini sampai habis. Semoga Allah SWT memperbaiki akhlak kita, menjaga lisan kita dan menjadikan setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita membawa kebaikan. Semoga Allah SWT juga memberikan kita kefahaman dalam agama dan menerima segala amal ibadah kita. 🤲🏻 ▪️ 🤍 Dah selawat ke belum hari ini? 🤍 Mari kita berselawat bersama-sama: Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.” -Surah al-Ahzab : Ayat 56 - Semoga Allah SWT menerima selawat kita dan mengurniakan syafaat Nabi Muhammad SAW kepada kita di Hari Mahsyar kelak. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻😊 ▪️ #DemiMasa #SifatManusia #NabiMuhammadSAW #Muhasabah #UstazAzlanShah
~Demi Masa~
Region: MY
Thursday 08 October 2026 23:53:28 GMT
Music
Download
Comments
Incik Boss :
Terima kasih atas perkongsian. ☺️SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. La ilaha illallah.
Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad ❤️❤️🤗
2026-10-09 00:09:48
0
To see more videos from user @demimasaofficial.my, please go to the Tikwm
homepage.