@mediaselangor: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini, setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang. Belanjawan MADANI Kelima yang bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Belanjawan ini dibentangkan ketika kerajaan berhasrat mengekalkan momentum ekonomi di samping meningkatkan siling pertumbuhan negara, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola. #MediaSelangor #Belanjawan2027 #MalaysiaMADANI