@mediaselangor: Selepas terpaksa menghentikan tempahan katering akibat kekurangan peralatan, seorang peniaga nasi lemak kini berpeluang mengembangkan semula perniagaannya menerusi bantuan Inisiatif Pembangunan Usahawan India Selangor (I-SEED). V. Sumathira yang mengusahakan perniagaan nasi lemak di Kajang sejak dua tahun lalu berkata kekangan peralatan sebelum ini mengehadkan keupayaannya menerima tempahan dalam kuantiti besar. #MediaSelangor #KlikSemasa