@beritaalhijrah114: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem bagi perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik untuk pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000. Bagi rumah berharga sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh diberikan untuk RM500,000 pertama, manakala baki selebihnya menikmati pengecualian sebanyak 50 peratus. Cadangan ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.