@arus.malaya: JEREBU DI MELAKA PADA TAHAP TIDAK SIHAT, IPU CECAH 172! Keadaan jerebu di Melaka mencetuskan kebimbangan apabila beberapa stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi tadi. Bacaan IPU mengikut stesen: ▪️ Bandaraya Melaka: 171 ▪️ Alor Gajah: 167 ▪️ Bukit Rambai: 172 Data daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan ketiga-tiga stesen merekodkan bacaan melebihi 150. Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. Jaga kesihatan dan pantau bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing. #BeritaSemasa #BeritaMalaysia #Malaysia