@mediaselangor: Jumlah penerima Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) meningkat saban tahun, dengan 200 permohonan diluluskan tahun ini berbanding 164 pada 2025 dan 152 pada 2024. Ketua Penyelaras Unit i-SEED, Mathavan Muniandy berkata, kelulusan tahun ini membabitkan pemohon dari sembilan kawasan di Selangor, termasuk 21 permohonan di Hulu Langat. #MediaSelangor #KlikSemasa