@mediaselangor: Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 mengumumkan pelbagai peruntukan bagi negeri untuk memastikan kemajuan yang lebih seimbang serta manfaatnya dapat dinikmati secara munasabah untuk semua rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khazanah dan InvestPenang akan mewujudkan Dana Pelaburan Strategik sejumlah RM100 juta bagi membantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menyediakan RM100 juta untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir, termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi tempoh 30 tahun akan datang. 🌐 Klik pautan di bio untuk berita penuh #MediaSelangor