@luigithikk: #https://www.gofundme.com/u/carra-monroe?lid=h5ga285hlxu6

luigithikk
luigithikk
Open In TikTok:
Region: US
Friday 09 October 2026 14:27:48 GMT
59
1
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @luigithikk, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Segelintir pemilik motosikal tempatan dipercayai menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing pada kadar RM200 sebulan bagi memudahkan golongan itu berulang-alik ke tempat kerja. Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Zulkifly Ismail menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan di sekitar Georgetown bermula pukul 5 hingga 10 pagi tadi. Menurutnya, dalam operasi tersebut sebanyak 694 kenderaan yang digunakan warga asing terdiri Myanmar, Bangladesh, India dan Indonesia telah diperiksa dan 74 daripadanya telah disita.
Segelintir pemilik motosikal tempatan dipercayai menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing pada kadar RM200 sebulan bagi memudahkan golongan itu berulang-alik ke tempat kerja. Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Zulkifly Ismail menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan di sekitar Georgetown bermula pukul 5 hingga 10 pagi tadi. Menurutnya, dalam operasi tersebut sebanyak 694 kenderaan yang digunakan warga asing terdiri Myanmar, Bangladesh, India dan Indonesia telah diperiksa dan 74 daripadanya telah disita. "Kesalahan paling banyak dikesan ialah memandu tanpa lesen yang sah dengan 158 tindakan, diikuti 50 kesalahan melibatkan lesen kenderaan motor yang tamat tempoh. "Daripada pemeriksaan yang dijalankan, ada kenderaan milik warga asing sendiri dan ada juga yang dimiliki warga tempatan sebelum disewakan kepada warga asing pada kadar kira-kira RM200 sebulan," katanya pada sidang akhbar di JPJ Batu Uban, hari ini. Dalam pada itu, katanya lagi, pihaknya turut mengesan seorang warga asing yang membeli motosikal menggunakan nama sendiri walaupun tidak mempunyai lesen memandu. "Penunggang motosikal terbabit merupakan warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 30-an dan dia baru tiga hari membeli motosikal secara ansurans dari kedai," katanya rata-rata warga asing yang ditahan dalam operasi itu terdiri daripada pekerja kontrak dan kilang. Katanya lagi, kebanyakkan warga asing memberi alasan yang mereka memerlukan motosikal untuk berulang-alik ke tempat kerja. "Keperluan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang jalan raya," tambahnya tindakan menyita kenderaan dilaksanakan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

About