@syoksyoksyok: 🌫️ Mata pedih, tekak gatal atau asyik batuk? Jangan abaikan tanda-tanda ini! Jerebu bukan sekadar menyebabkan langit kelihatan kelabu, malah boleh menjejaskan kesihatan, terutama apabila kita terdedah kepada udara yang tercemar. Antara gejala yang boleh berlaku termasuk mata pedih dan berair, tekak gatal, batuk berpanjangan serta sesak nafas. Kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru juga perlu lebih berhati-hati. Jika jerebu melanda kawasan korang: 🔸 Kurangkan aktiviti luar. 🔸 Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini. 🔸 Dapatkan rawatan segera jika mengalami sesak nafas yang teruk atau gejala semakin memburuk. Korang dah mula rasa kesan jerebu di kawasan masing-masing? Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
SYOK
Region: MY
Friday 09 October 2026 16:03:12 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @syoksyoksyok, please go to the Tikwm
homepage.