@5agemaru: Belanjawan 2027 yang saya bentangkan hari ini merupakan langkah penting dalam usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengangkat martabat setiap warga Malaysia, dengan aspirasi menggapai di langit dan mengakar di bumi. Alhamdulillah, belanjawan kali ini cukup bermakna tatkala Kerajaan MADANI akhirnya merungkai permasalahan legasi membabitkan doktor kontrak. Usaha menangani tekanan kos sara hidup turut diperkukuh melalui peningkatan kadar gaji minimum serta langkah memastikan para siswazah menerima upah yang bermaruah, di samping pelbagai inisiatif dan reformasi penting yang lain. Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras untuk memperkukuh ekonomi negara dan memastikan hasil kemakmuran dipulangkan secara adil kepada setiap rakyat Malaysia. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #Belanjawan2027