@mybordercontrol: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, dan Kerajaan MADANI atas peruntukan sebanyak RM490 juta kepada AKPS menerusi Belanjawan 2027. Peruntukan ini mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap pengukuhan keselamatan sempadan negara serta memperkasa peranan AKPS sebagai agensi peneraju kawalan dan perlindungan sempadan di pintu masuk negara. AKPS komited melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. #AKPSMalaysia #SempadanSelamat #Belanjawan2027 #KDNReformasiMadani #MalaysiaMADANI