@rxlravi: @dhiraj gupta @🌸🌈💗𝗭𝗮𝗜𝗡__𝗞𝗵𝗔𝗻🌈⚡♻️✨ @🌸kri💫 @vinay kumar 2233 @🇳🇵★Ranjit᭄paswan࿐🇦🇪 @amritasah8005 @Anushka 🥰 Mishra @Anuraj sarraf @𝑩𝒐𝒓𝒏 𝑻𝒐 𝑹𝒖𝒍𝒆

rxlravi
rxlravi
Open In TikTok:
Region: NP
Saturday 10 October 2026 00:32:25 GMT
162
19
5
6

Music

Download

Comments

rambinay.chauhan1
cutegirl :
🥰🥰🥰
2026-10-10 05:51:38
1
sahug392
Radhe Radhe :
[Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming]
2026-10-10 09:31:24
1
To see more videos from user @rxlravi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Jangan terlalu yakin, “Aku tak pergi masjid sebab aku tak mahu.” Kadang kita rasa semuanya di tangan kita. “Kalau aku mahu, esok aku boleh pergi masjid.” “Bila dah tua nanti aku berubah.” “Bila lapang nanti aku akan rajin berjemaah.” Tetapi siapakah yang menjamin esok hati kita masih mahu? Siapakah yang menjamin kaki kita masih mampu berjalan? Siapakah yang menjamin iman kita masih hidup? Hidayah bukan suis yang boleh kita hidupkan dan matikan sesuka hati. Allah berfirman: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh kerana Kami, pasti Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” — Al-‘Ankabut 29:69 Perhatikan susunannya: manusia bersungguh-sungguh, kemudian Allah membuka jalan. Sebab itu apabila azan berkumandang, persoalannya bukan sekadar: “Aku mahu pergi masjid atau tidak?” Tetapi lebih dalam: “Adakah hati aku masih terasa dipanggil oleh Allah?” Azan kedengaran tetapi jiwa mati rasa, seperti mayat hidup. Masjid sangat dekat tetapi terasa seperti 10km jauh. Dunia memanggil, kita segera bangun. Telefon berbunyi, kita cepat melihat. Pelanggan menelefon, kita cepat menjawab. Bos memanggil, kita bergegas. Tetapi apabila muazzin berkata: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ Marilah solat. حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah menuju kejayaan. Hati kita mati rasa. Bukanlah masjid yang jauh jaraknya daripada kita. Cuma hati kita yang semakin jauh daripada Allah. Dan jangan pula bangga diri apabila kaki sentiasa mampu melangkah ke masjid. Apabila seseorang bangun Subuh, mengambil wuduk, memakai pakaian dan berjalan ke masjid ketika manusia lain masih lena… jangan terdetik: “Aku lebih baik daripada mereka.” Sebaliknya katakan dalam hati: “Ya Allah, Engkau yang membangunkan aku. Kalau Engkau biarkan aku kepada diriku sendiri, mungkin aku juga masih tidur.” Kerana dapat berjemaah itu bukan semata-mata hasil kekuatan kita. Ia adalah nikmat taufik dari Allah. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. — Riwayat al-Bukhari dan Muslim Dan Baginda ﷺ bersabda: “Kalaulah manusia mengetahui pahala yang terdapat pada Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim Dan jangan pula selepas membaca ini kita menghukum orang lain: “Dia tak pergi masjid, maknanya Allah tak pilih dia.” Tidak.. Kita tidak tahu keadaan hati manusia, uzur mereka atau kedudukan mereka di sisi Allah. Muhasabah ini sepatutnya diarahkan kepada diri sendiri: “Ya Allah, jangan sampai aku mendengar azan tetapi hatiku tidak lagi tergerak. Jangan sampai masjid berada beberapa minit dari rumahku tetapi jiwaku berada terlalu jauh daripada-Mu.” Kerana bala terbesar bukanlah kehilangan wang, kereta atau pekerjaan. Bala yang jauh lebih menakutkan ialah apabila Allah membiarkan kita hidup seperti tiada masalah… dan dibiarkan hati kita tidak lagi merindui ketaatan dan tidak lagi ingin melangkah masuk kemasjid.

About