@gembalakambing77: Pernah tak lepas parking kereta, tiba-tiba nampak ada air bertakung dekat bawah? Mesti ada yang terus fikir kereta bocor atau ada masalah enjin. Sebenarnya tak semestinya. Kalau air tu jernih dan menitis selepas kita gunakan air-cond, kebiasaannya normal. Itu air kondensasi daripada sistem penghawa dingin kereta. Tapi kalau cecair tu berwarna, berminyak atau ada bau pelik, jangan ambil mudah. Mungkin ada kebocoran yang perlu diperiksa. Lagi satu, kalau meter suhu enjin dah mula naik atau paras coolant makin berkurang, elok periksa segera. Jangan tunggu sampai enjin overheat. Saya selalu pesan, tak semua benda yang nampak pelik pada kereta bermaksud rosak. Tapi kita kena tahu beza antara keadaan normal dengan tanda awal masalah. Korang pernah tak panik bila nampak air bertakung bawah kereta? Rupanya air-cond je. Cuba kongsi pengalaman dekat komen. Mana tahu ada orang lain yang pernah alami benda sama. www.broazmiperodua.com #TipsKereta #PenjagaanKereta #AircondKereta #InfoAutomotif #BroAzmi
Gembala Kambing | Azmi
Region: MY
Saturday 10 October 2026 00:51:11 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @gembalakambing77, please go to the Tikwm
homepage.