@bombaterengganuofficial: DUA CEDERA, TERSEPIT DALAM KEMALANGAN MELIBATKAN DUA BUAH LORI BERHAMPIRAN SMK CHALOK, SETIU 10 Oktober 2026 | Sabtu SETIU – Dua orang mangsa mengalami kecederaan selepas tersepit dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori jenis Hino berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok, Setiu, hari ini. Panggilan kecemasan diterima pada jam 11.55 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam orang anggota bersama sebuah jentera LFRT-1. Komander Operasi, PBK I Mohd Asri bin Che Harun, memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan tiga orang mangsa, seorang selamat dan 2 orang tersepit. Anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat (rescue tool) dan dua unit pengusung (stretcher). Setelah berjaya dikeluarkan, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan serta tindakan selanjutnya. Anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan menggunakan satu aliran hosereel daripada tangki jentera bagi memastikan keadaan di lokasi selamat. JBPM Negeri Terengganu menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mengekalkan jarak selamat antara kenderaan dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. #JBPMTerengganu #BBPSetiu #KemalanganJalanRaya #BombaPrihatin #SediaMenyelamat
BombaTerengganuOfficial
Region: MY
Saturday 10 October 2026 05:58:32 GMT
Music
Download
Comments
Sibongsu :
terbaru kg selamat
2026-10-10 08:46:40
5
zulaiimup💞 :
name mangsa tu rohani kann
2026-10-10 08:58:05
1
👣🥀ImNoBody🥀👣 :
nie lah punca jem tdi blik kje kol 1
2026-10-10 10:21:44
1
Along/rizqi :
moga faizal janggut n isteri x ada ap2 yg serius..
2026-10-10 17:18:37
1
pelangijingga427 :
bhya cni org keliru..
2026-10-10 13:37:31
1
𝓛𝓲𝔂𝓪𝓷𝓪 𐙚 :
Banyak nye kes kemalangan melibatkan lori bulan ni
2026-10-10 11:41:49
1
Fahmi Mustaffa :
lori yg didepan tu company TEKUN.
2026-10-10 09:53:08
1
sham :
CM mane keadaan mangsa kini
2026-10-10 12:35:43
1
Ang0hDilah❗8️⃣3️⃣ :
bawak bini ke pergi keje?
2026-10-10 22:29:41
0
MUS MELOR :
👍👍👍
2026-10-10 08:33:40
1
To see more videos from user @bombaterengganuofficial, please go to the Tikwm
homepage.