@berita.ks: SEREMBAN, 10 Okt - Ketua UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Dato’ Ismail Lasim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu menegaskan tiada sebarang perbincangan atau perancangan dibuat berhubung perkara itu. “Sama sekali tidak betul. Tiada sebarang aturan mahupun perbincangan untuk buat usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar,” katanya kepada FMT. Jalaluddin berkata pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar dan tiada masalah kepimpinan antara beliau dengan Ismail. “Biar (Ismail) buat kerja beliau sebagai Menteri Besar, dan saya sebagai ketua parti akan buat kerja sebagai ketua parti. Kita banyak lagi perancangan dan agenda untuk kepentingan negeri serta masyarakat yang perlu kita selesaikan,” katanya. Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap laporan yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul berkenaan, yang dikatakan akan dikemukakan Jalaluddin tertakluk kepada keputusan kepimpinan pusat parti. Sidang DUN Negeri Sembilan dijadual berlangsung pada 26 November ini selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober bagi menyelaraskannya dengan pembentangan Belanjawan Negeri 2027 pada hari berikutnya. Speaker DUN, Datuk Awaludin Said sebelum ini berkata, pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi mengenai usul undi tidak percaya itu dan tidak akan membenarkan usul tergempar untuk menjatuhkan Menteri Besar. Kredit: FMT #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 10 October 2026 07:46:23 GMT
7350
88
22
11

Music

Download

Comments

don023021
Don :
Jalal bangsawan jati UMNO harus di angkat naik jadi MB. Jalal boleh kayakan semua PEMIMPIN UMNO, Jawatan kuasa UMNO dan kayakan seramai mungkin ahli2 UMNO dgn pelbagai projek REE di NS.
2026-10-10 09:22:22
0
ismail.anjang.abd
Ismail Anjang Abd Hamid :
Memang dia nak SANGAT Jawatan MB N9 tu
2026-10-10 10:19:21
1
datokamal.shah
Kamal Shah :
tak habis2 gila kuasa UMNO ni..
2026-10-10 08:57:56
1
amyfajri700
amyfajri700 :
Setelah gagal nk jatuhkan raja Udah2 dia gan dia bergaduh sb kan gila kuasa.,betapa jijik nya perangai pemimpin2 umno ini..
2026-10-10 10:52:22
0
qistee4466
qistee4466 :
orang UMNO kadang kadang tak boleh percaya depan cakap lain belakang cakap lain pulak
2026-10-10 11:06:31
0
hj.ahmad.hassan
Hj Ahmad Hassan :
jng buat mcm tu sama2 pati
2026-10-10 09:16:39
0
mykhb5
omhkh :
usahlah orang luar parti nak memecah belah kan perpaduan parti . umno boleh selesaikan mengikut kaedah parti sendiri.. umno parti berperisip
2026-10-10 12:31:59
0
dol.amin6
Dol Amin :
ni pandai drama BN pilih lg
2026-10-10 09:26:15
0
vnesh9
Lavinesh :
Blum habis lagi
2026-10-10 08:52:02
0
maktok496
maktok :
Nilah orang nya yang xbolih dipercayai
2026-10-10 08:56:40
0
ku30891
@Ku-Fai$aL :
Jalal ni perosak adat N9 ke
2026-10-10 13:58:52
0
ijoy662
Shahrizal Dato A.Latiff :
Kesian ismail lasim , bagi la 4 bulan jadi MB solo kek ns9 dulu, tak nyompek2 jalal,, aduhyaiii 😁😁
2026-10-10 13:42:21
0
suleiman5711
Suleiman :
Patut bubarkan DUN negeri sembilan Malaysia untuk kepentingan Masa depan poltik negara ini.
2026-10-10 10:48:30
1
mohd.ariff229
Mohd Ariff :
ceplos2 ni tak.puas hati lagi sebab kalah
2026-10-10 13:41:31
0
dzol_67
no :
pH jgn lah berangan nak monang jika bubar dun
2026-10-10 12:47:34
0
rahim.jang
Rahim Jang :
UMNO ni memang sial
2026-10-10 09:38:28
1
drzul2
drzul2 :
DS Jalal tak wuat hal buruk dalam jemaah
2026-10-10 10:11:47
0
aexauusdtrader
Aexauusdtrader :
CHILL, Geng2 sana da pasang perangkap, sebarkan Dakyah n manipulasikn Fakta. teruskan bersatu n tenang. Jangan Kita melatah.
2026-10-10 09:48:33
0
michaelmike825
michaelmike825 :
Jalal Jangan mempi boleh Jadi MB N9 🤣🤣🤣
2026-10-10 08:38:13
0
lu.siapabarau
Lu Siapa Nak Tengkok Profile :
Boleh ke YamTuan Besar N9 yang sah itu Ubar DUN Dan panggil PRN baru
2026-10-10 09:18:02
1
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About