@ebookloverrrrr: “Ada orang yang berminat dengan pengasuh Bilal ni.” Mata dikenyit sekali ke arah Asraf yang bermisai nipis. Dah faham sangat dengan apa yang ada dalam hati pemuda itu. Nampak berkenan sangat dengan Safi. Seorang gadis yang terlalu ayu. Manis bertudung. Hati lelaki mana yang tak terpaut bila melihat keindahan itu. Bilal dah mula gatal tekak. Melihat kerlingan mata Asraf pada Safi, hatinya dah mula panas terbakar. Sedari tadi bagaikan ada mancis yang sedang menyalakan api kemarahan dalam dirinya. Disebabkan Asraf juga, dia langsung tak boleh nak pejamkan mata. Isterinya masih di sini bersama dengan lelaki lain, macam mana hatinya nak tenang. Kerana itu, dia kembali ke sini. Bersama dengan mereka yang lain. “Safi pun masih single, kan? Harap sudilah kenal-kenal dengan anak buah Mok Deq ni. Dah lama sangat membujang. Dah sampai masanya dia cari calon isteri dan menantu buat ateh lagi.” Nak tergeliat mulut Safi melukis senyum paksa. Serba salah dibuatnya. Kalau ikutkan rasa sakit hatinya pada Bilal, dia akan layan semua itu. Tapi dia tak nak bagi harapan palsu pada orang. Status dirinya kini menyekat semua tindakannya walaupun dia bakal dilepaskan tak lama nanti. “Siapa cakap dia single?” Semua mata menoleh ke arah Bilal. Safi pun sama. “Dia belum kahwin, kan?” Soal Mok Deq dengan wajah cuak. “Belum kahwin tak semestinya dia single.” “Dah ada buah hatilah ya?” Asraf bersuara perlahan. Mukanya sedikit berubah. Riak kecewa itu semakin ketara. Safi pandang Bilal. Cuba mencari jawapan pada wajah itu. Melihat renungan sinis Bilal, timbul pula niat jahat dalam diri Safi. Tak salah rasanya kalau dia mainkan sedikit suami ego dia itu. “Saya belum ada buah hati. Saya terima walau siapa pun jodoh saya nanti.” Dum! Terkejut besar Bilal dengan jawapan itu. Mata dah puas mencerun. Hati dah hangus terbakar. “Betul ke?” “Kalau saya dah ada kekasih, saya takkan terima kerja mengasuh ni. Saya takkan ikut datang ke sini.” Nyaris saja Bilal nak terjatuh dari kerusi mendengar bicara bersahaja Safi. Tajam dia mencerlung, namun bila melihat bibir yang tersenyum manis itu, hati dia pula yang semakin dipanggang. Rasa nak meletup. “Kalau macam tu, bolehlah saya cuba nak pikat hati awak, kan?” Senang betul riak muka Asraf berubah. Tadi moyok serupa ayam kena denggi, tapi kini bukan main manis lagi senyuman di wajah itu. Safi senyum sambil angkat bahu. Kopi di dalam cawan diteguk dengan perlahan. Suka hatinya bila melihat wajah tak puas hati Bilal. “Nak lagi?” Asraf sua limau bali pada Safi. Tak sempat Safi nak ambil, Bilal terlebih dahulu merampas limau itu dari tangan Asraf. Terkedu keduanya. “Dah banyak sangat kau makan limau ni. Nanti sakit perut.” Ujar Bilal pada Safi. Isi limau disumbat masuk ke dalam mulut tanpa menghiraukan muka tak puas hati Safi dan juga Asraf. Ada hati nak tunjuk romantik dengan isteri dia! “Safi belum puas lagi nak makan limau tu.” Rungut Safi. “Dah banyak kau makan tadi, kan? Tak cukup lagi ke?” Safi mencebik. Kepala dipusing laju. Malas nak melayan. Nak merajuk. “Saya kupas yang lain untuk awak.” Kasihan pula melihat muka tak puas hati Safi. Baru nak capai pisau di atas meja, aksi Asraf dicantas oleh satu pemandangan yang kurang enak di matanya. Bilal sedang menyua isi limau ke mulut Safi. “Tadi nak sangat. Makanlah.” “Saya boleh makan sendiri.” Dia belum gila nak makan bersuap dengan Bilal di hadapan semua orang. Sengaja menempah bala namanya itu. “Aku boleh suap.” Bilal tetap berkeras. Dia tak peduli dengan pandangan pelik semua orang di hadapannya. Yang dia tahu… dia tak boleh kalah dengan sepupunya itu. “Janganlah paksa kalau dia tak suka.” Suara Mok Deq. Kenapa lain benar telatah kedua insan di hadapannya itu? Nampak pelik dan penuh dengan curiga. “Kami dah biasa makan bersuap. Aku tahu dia suka.” Safi dah mencerun. Bila masa pula dia suka makan bersuap dengan Bilal? Bilal tak pernah suap dia. Selalunya dia saja yang suap Bilal makan.
Ebooklover2
Region: MY
Sunday 11 October 2026 03:43:34 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ebookloverrrrr, please go to the Tikwm
homepage.