@akang_welter: Indonesia meminta Malaysia dan Singapura memahami bahawa kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan ketika ini didakwa berpunca daripada fenomena alam, bukannya kesilapan manusia. Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan berkata, kerajaan memahami kebimbangan kedua-dua negara berhubung pencemaran udara akibat asap kebakaran hutan yang melanda beberapa wilayah republik itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kejadian berkenaan berlaku di luar kawalan manusia dan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada fenomena alam. "Jadi, kami juga meminta semua negara jiran memahami bahawa perkara ini berlaku di luar faktor kesilapan manusia. Ini benar-benar fenomena alam," katanya di pejabat Institut Ketahanan Nasional (Lemhannas), Jakarta pada Sabtu. Menurut laporan Kompas.com, Syahganda berkata, hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia kekal baik meskipun kedua-dua negara kini berdepan isu pencemaran udara rentas sempadan. Beliau berkata, kerajaan Indonesia terus memberikan penjelasan kepada Malaysia dan Singapura mengenai situasi kebakaran hutan serta usaha yang sedang dilaksanakan untuk menanganinya. Malah, Syahganda turut mengeluarkan kenyataan bahawa Indonesia bukan sahaja menyumbang kepada penyebaran asap, malah turut membekalkan oksigen kepada negara jirannya melalui kawasan hutan yang luas. "Kami bukan sekadar menghantar asap, tetapi apabila tiada asap, kami menghantar oksigen. Oksigen di Singapura dan Malaysia juga datang daripada hutan-hutan kami," katanya. Syahganda turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar wakil menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan isu kebakaran hutan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia. Menurutnya, perbincangan antara kedua-dua negara sedang diperincikan bagi mencari pendekatan bersama dalam menangani kebakaran hutan dan tanah yang menjadi punca jerebu. "Kami sedang memperincikan perbincangan supaya masalah kebakaran hutan ini dapat ditangani secara bersama," ujarnya. Sementara itu, kerajaan Malaysia sebelum ini berharap rundingan teknikal dengan Indonesia berhubung operasi memadamkan kebakaran hutan dapat diselesaikan segera bagi membolehkan pasukan bantuan negara dihantar ke kawasan terjejas.
Informasi & Viral Video
Region: MY
Sunday 11 October 2026 09:48:28 GMT
Music
Download
Comments
Ridzuan Wan655 :
ape la punya pemikiran pegawai pemerintah Indonesia
2026-10-11 11:56:21
11
venture factory laundry :
jgnn gaduhh lagi . nanti dia sekat oksigen.. kita mati nanti
2026-10-11 12:20:36
7
ⁱˢᵐʸ :
pemerintah dan kabinet indonesia tidak bijak dan bodoh dalam betcakap atau berkata2.mentaliti yg rendah..
2026-10-11 12:47:46
10
Muslem :
apa punya statmen menteri indo ni..
2026-10-11 11:58:47
4
fee :
asap dengar pedih mata..sesak nafas...boleh di katakan oksigen?
2026-10-11 11:42:58
3
jaiina80 :
mohon maaf di prtnyaan saya.di indonisia saje ke ada hutan ada oksigen jadi di malaysia ni tkde hutan dn tkde oksigen ke.sya rsa kt malaysia pun ada hutan yg luas jgk ada oksigen jgk kn,🙏🏻🙏🏻🤔🤔
2026-10-11 15:18:29
1
pakistani :
ramai yg sesak nafas di Malaysia...sekolah semua kena ttup
2026-10-11 10:57:12
3
yaa735 :
bangga punya manusia..TK fikir ke.. segala binatang yng duduk DLAM hutan tu mcm mana..Allah TK suka manusia yng buat rosak kan atas buka bumi ini.. tunggu balasan nya
2026-10-11 11:44:54
1
YaYan19 :
2026-10-11 10:24:02
5
Siti Aishah Bt Tahir :
hahaha
2026-10-12 05:07:47
0
JL :
Team Pak Prabowo semua hebat hebat betul
2026-10-11 22:39:40
0
Abdullah Bin Ismail :
kenapa tiada tindakan terhadap malaysia dan singapura kapada indonesia ha ha ha
2026-10-11 21:23:52
0
be positive :
pemerintah goblok
2026-10-11 17:02:45
0
Mama si bulus😻❤️ :
tu ckp yg tk masuk akal.😁
2026-10-11 16:32:25
0
Zainon Rosnan :
ingt yg kt sini jer , upa kt sana ,sama jgk,
lontaran idea TU, pelik😳
2026-10-11 12:55:13
0
merann :
2026-10-11 10:55:07
0
Abdullah Bin Ismail :
Alahai. korupsi terlalu banyak
2026-10-11 21:22:15
0
Abdullah Bin Ismail :
Senyap begitu je
2026-10-11 21:24:31
0
tokjan :
2026-10-11 13:09:55
0
amj :
oksigen?...... asap ooi...
2026-10-11 14:19:37
0
azhar :
ni kekakau seram
2026-10-11 13:20:05
0
Dear :
ad² Aja jiran kite ni,tah ape² Aje alasan dia bagi,ingat ape COD k main antar² ni😅😅😅
2026-10-11 14:46:05
0
Sazali HB :
Oksigent tu milik Allah.. Bila masa kamu hantar.. Adehhh
2026-10-12 06:36:22
0
Don Cruisechevz :
2026-10-11 11:07:38
0
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm
homepage.