@zenixxfootball: Aksi Selangor bertemu Kuching City boleh dikatakan antara pertemuan yang paling dinantikan di pentas separuh akhir Piala FA musim ini. Kita tahu kehangatan persaingan antara kedua-dua pasukan setiap kali bertemu. Sudah pasti pertembungan kali ini bakal menjanjikan aksi yang sengit, dengan pelbagai drama dan emosi yang mungkin mewarnai perlawanan di dalam mahupun di luar padang. Lebih menarik, pertemuan ini mengulangi aksi separuh akhir Piala Malaysia musim lalu apabila Kuching City berjaya menyingkirkan Selangor dengan kemenangan agregat 2-1. Jadi, adakah Selangor mampu membalas kekalahan tersebut dan menempah tiket ke pentas final kali ini? Atau sekali lagi Kuching City bakal menjadi penghalang buat Gergasi Merah? Selangor atau Kuching City, siapa pilihan anda untuk mara ke final Piala FA? #selangorfc #kuchingcityfc #harimaumalaya #fyp #foryou