@bombaterengganuofficial: SEORANG MAUT, TUJUH CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI KAMPUNG APEK, SETIU SETIU, 12 Oktober 2026 – Seorang lelaki dewasa maut manakala tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kampung Apek, Setiu, pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.36 pagi. Sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu dengan kekuatan sembilan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Toyota Unser dan dua buah Perodua Axia dengan jumlah keseluruhan seramai 10 orang mangsa, iaitu dua orang selamat, tujuh orang cedera dan seorang meninggal dunia. Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati terdapat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat kemalangan jalan raya (RTA). Seorang mangsa lelaki dewasa yang tersepit di dalam Toyota Unser berjaya dikeluarkan dan diberikan bantuan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sementara itu, mangsa-mangsa lain yang terlibat dalam kenderaan tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Bagi kenderaan Perodua Axia, beberapa orang mangsa turut mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam. Seorang lagi mangsa lelaki dewasa yang merupakan penumpang Perodua Axia berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas RTA, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. Mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan diberikan bantuan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi diketuai PPgB Mohd Sarizan bin Mohammad Sapawi turut melibatkan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di atas jalan raya bagi memastikan keadaan kembali selamat. JBPM Negeri Terengganu menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengurangkan risiko kemalangan. #JBPMTerengganu #BBPSetiu #KemalanganJalanRaya #Setiu #SediaMenyelamat
BombaTerengganuOfficial
Region: MY
Monday 12 October 2026 02:30:48 GMT
Music
Download
Comments
PONTIANAK_MELETOPS_OFFICIAL :
Semoga najmi dan anak perempuan umie ai sulong sembuh seperti sedia kala dan salam takziah buat anak lelaki umie ..alfatihah
2026-10-12 06:53:38
108
ᴀɴᴀᴋᴀʏᴀʜ🍃🍃 :
Arwah Haikal to adik sulong, najmi mr yogurt dah ditidurkan tu adik ipar sulong sebab najmi kahwin dengan adik perempuan sulong yang baby ada orang kata 50/50 semoga yang baik2 buat keluarga sulong
2026-10-12 12:50:57
12
mek jas shop :
ni abg² mr mr yogurt ya Allah semoga x dok gapo2 lah
2026-10-12 06:01:59
30
shaee :
seorang maut to siapa plak
2026-10-12 08:07:01
1
🌸juju🌸 :
Baby mcm mner keadaan skrng ni😭😭
2026-10-12 12:14:29
2
Syahirahaliahhhh :
ya allahh permudahkan segala urusan najmi , semogaa dia diberikan kesihatan yang berpanjangan 🤲🥰 .
2026-10-12 06:13:19
5
𝐌𝐞𝐤 𝐚𝐧𝐢𝐞𝐬🫧 :
@NIQ SAIDI @Syaleehaa
2026-10-12 07:46:24
6
🧚🏻♀️𝐙𝐢𝐞𝐥𝐚𝐊𝐞𝐨𝐧☄️ :
Semoga abg Najmi@abg tiri kuat semangat utk sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin 🤲🤲
2026-10-12 08:00:10
4
Norhasiahasbulah :
Semoga Najmi@abg tiri kuat semangat utk sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin 🤲🤲
2026-10-12 07:31:52
2
CEO WAVE DASH V1 :
2026-10-12 02:35:01
4
abg syam agro binjal manis :
AL
2026-10-12 02:40:48
5
Khairul Azri Bin Mohd Lazim :
innal lillah hiwainal hilairojiun🤲🤲🤲
2026-10-12 02:42:22
2
FatinJB :
Al Fatihah untuk arwah adik lelaki sulung 🤲🥺
2026-10-12 14:56:00
1
mek anis :
al fatihah
2026-10-12 08:28:22
2
salbiah :
2026-10-12 03:35:25
2
wan nurul :
alfatihah
2026-10-12 04:55:05
1
🇲🇾🌺𝕬𝖎𝖄𝖗𝖎𝖘𝖍🌺🇵🇸 :
2026-10-12 11:51:36
1
Hairul®️ :
🤲🏽
2026-10-12 04:30:27
1
﮼عائشة ﮼الحميراء :
allahuakbar geng ii Mr yogurt ni😭smoga dipermudhkan.. innalillahi wainna ilaihi rojiun
2026-10-12 09:43:25
14
family 5h :
2026-10-12 04:58:57
1
Melvin_Chin :
2026-10-12 03:53:53
1
Ila Rahman :
semoga allah berikan keajaiban buat abg tiri....
2026-10-12 08:27:15
1
Ainriey :
innalillahiwainnailaihiraajiuun... semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal Soleh dan solehah
2026-10-12 05:35:45
1
norainie545 :
إنا ِللهِ وإنا إلَيهِ رَاجِعون
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwaa
آمِـــــــــينِ...
SALAM TAKZIAH
2026-10-12 11:38:29
1
MOHD FAIZAL SHOP :
al fatihah 🥹
2026-10-12 03:38:58
1
To see more videos from user @bombaterengganuofficial, please go to the Tikwm
homepage.