@sinar_my: Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana sari kata (subtitles) filem luar negara boleh kena betul dengan jiwa kita? Harini #GenSinarPagi bersama Nur Diyana Wahiddin, insan di sebalik pelbagai sari kata drama dan filem popular di Netflix. Antara cabaran terbesar kerja ni semestinya nak tangkap dan sesuaikan slang Mat Salleh yang pekat contohnya siri geng motor lasak Sons of Anarchy supaya bila ditukar ke Bahasa Melayu, maksud asalnya tak hilang dan rasa santai dia sampai. Yang paling penting Diyana bagitau kena buat research tentang karya seni itu dulu. #SinarKongsi #GenSinarPagi