@mediaselangor: Lebih 200,000 pelitup muka akan diagihkan kepada 947 sekolah di Selangor sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan murid susulan jerebu yang melanda negeri ini. EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berkata sumbangan itu diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor untuk diedarkan ke sekolah menerusi pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing. Menurutnya, Kerajaan Negeri menggalakkan murid memakai pelitup muka sebagai langkah perlindungan meskipun pemakaiannya tidak diwajibkan. #MediaSelangor #NajwanHalimi #Jerebu #SekolahTutup