@iman.panjang: Sekarang aku percaya, Allah memberikan ujian yang berat kerana Dia lebih mengetahui kemampuan hamba-Nya. Namun, dalam setiap ujian, kita perlu sentiasa yakin dengan ketentuan Allah, bersabar dengan apa yang diberikan dan jangan sesekali mengetepikan agama dalam apa jua urusan kehidupan. Aku belajar bahawa bukan semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan, tetapi setiap yang berlaku pasti mengajar kita sesuatu. Teruslah bersangka baik kepada Allah, kuatkan hati dan letakkan agama sebagai keutamaan dalam setiap langkah. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, luaskanlah rezekiku dan rezeki seluruh keluargaku. Kurniakanlah kami kehidupan yang aman, tenteram, penuh keberkatan dan kebahagiaan. Peliharalah keluarga kami, kuatkanlah iman kami dan jangan biarkan kami jauh daripada-Mu walau sesaat. Insya-Allah, selagi kita yakin kepada Allah, terus berusaha dan tidak meninggalkan-Nya, kita akan terus melangkah walaupun jalan kehidupan tidak selalu mudah. Allahu Akbar. 🤲🏻
Iman Panjang
Region: MY
Tuesday 13 October 2026 01:20:49 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @iman.panjang, please go to the Tikwm
homepage.