@andalusiabangi.com: Sedang tawaf, tiba-tiba wuduk terbatal. Atau masuk waktu solat ketika pusingan belum selesai. Apa yang perlu jemaah lakukan? 🕋 Dalam video ini, dikongsikan panduan melalui simulasi praktikal tentang keluar daripada laluan tawaf, mengingati bilangan pusingan dan menyambung tawaf selepas berhenti. Persediaan ke Tanah Suci bukan sekadar menyediakan beg dan tiket. Bekalkan diri dengan ilmu supaya ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih tenang dan yakin. Simpan video ini sebagai rujukan dan kongsikan kepada bakal tetamu Allah. 🤲 #KursusUmrah #Tawaf #PanduanUmrah #UstWafi #AndalusiaBangi