@mediaselangor: PARLIMEN | Pengenalan mekanisme pendaftaran pelarian di bawah Program Dokumentasi Pelarian (DPP) hanya terpakai kepada pelarian yang memasuki Malaysia sebelum Mac 2023. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, langkah penetapan tarikh akhir diambil bagi memastikan sistem baharu itu tidak menjadi faktor penarik yang menggalakkan kemasukan pelarian baharu ke negara ini secara berterusan. Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Dr Radzi Jidin, beliau berkata pelaksanaan pendaftaran bersasar itu bagi menambah baik pengurusan pelarian yang sebelum ini hanya berasaskan angka anggaran tanpa maklumat terperinci seperti nama, umur, lokasi, serta latar belakang keselamatan. #MediaSelangor #DewanRakyat #UNHCR #DokumentasiPelarian