@ezanybudakbaik_: KULAI: Kebakaran rumah di kawasan penempatan warga Rohingya di sekitar Kulai Besar di sini, awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada balingan molotov. Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, siasatan awal polis mendapati molotov dibaling ke arah beberapa rumah di kawasan berkenaan, menyebabkan kebakaran kecil pada pagar rumah. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata api berjaya dipadamkan dan tiada sebarang kecederaan atau kerosakan lain dilaporkan. Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan dilakukan individu tidak berpuas hati dengan dua hantaran video tular di media sosial Facebook. "Hantaran video itu memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga Rohingya mencabar orang Melayu untuk datang ke kawasan Kulai, selain mendakwa orang Melayu pengecut serta tidak berani masuk ke kawasan berkenaan. "Satu laporan polis juga sudah diterima berhubung hantaran video tular ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. Ab Rahaman berkata, setakat ini seorang warga Rohingya berusia lingkungan 30-an tampil membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam dua video tular itu. Katanya, lelaki itu mendakwa gambarnya disalah guna orang lain untuk menghasilkan video berkenaan. Ab Rahaman berkata, pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian mengikut beberapa peruntukan undang-undang. Katanya, peruntukan itu ialah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat membinasakan rumah serta Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, iaitu kenyataan mendatangkan khianat awam. "Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya. Ab Rahaman berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu didapati membuat sebarang perlakuan boleh memecahkan keamanan dan keharmonian di Johor. Katanya, orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian, boleh menyalurkannya terus kepada balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/10/1667888/balingan-molotov-dipercayai-punca-kebakaran-di-penempatan-rohingya?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News #fyp

ezanybudakbaik_
ezanybudakbaik_
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 13 October 2026 06:47:46 GMT
7220
139
5
55

Music

Download

Comments

ajoje06
AJOJE :
2026-10-13 13:07:43
0
anoymousx7
Syafeeq . :
Mantapp
2026-10-13 10:40:20
7
mohd.asri_6466
yee hot :
aku suka
2026-10-13 10:09:57
10
zack.helmi
Zack helmi :
terbaikkkkkk
2026-10-13 10:26:15
8
zat_iron8808
Mr.Aizat🏁 :
terbaikkkkk
2026-10-13 12:52:51
0
To see more videos from user @ezanybudakbaik_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About