@berita.ks: KUALA LUMPUR, 13 Okt - UMNO menolak desakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, supaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, memastikan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, didakwa semula dalam kes Yayasan Akalbudi. Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, keputusan pendakwaan perlu dibuat berdasarkan undang-undang, fakta dan bukti, bukannya tekanan politik, dengan menegaskan kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan. “Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya. “Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara, yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan, tertakluk kepada kerangka perlembagaan dan undang-undang yang berkenaan,” katanya. Beliau turut menyifatkan desakan supaya Perdana Menteri memastikan pertuduhan dikenakan semula sebagai tidak konsisten dengan pendirian menolak campur tangan politik dalam proses pendakwaan. Katanya, dakwaan pendakwaan terpilih perlu dinilai berdasarkan bukti kerana perbezaan keputusan antara kes tidak semestinya membuktikan wujudnya campur tangan politik atau layanan berat sebelah. “Mana-mana individu, termasuk pemimpin UMNO, berhak mendapat proses undang-undang yang adil dan tidak boleh dijadikan sasaran pendakwaan semata-mata untuk memenuhi tuntutan politik,” tambahnya. Terdahulu, Rayer ketika berucap di Dewan Rakyat semalam mendakwa kerajaan mengamalkan standard berbeza dalam kes rasuah dan menegaskan tiada sesiapa patut terlepas daripada tindakan undang-undang, sama ada sekutu politik mahupun pihak lawan. Ahmad Zahid sebelum ini diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) pada 4 September 2023 selepas pihak pendakwaan memohon untuk menghentikan prosiding terhadap 47 pertuduhan berkaitan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dalam kes Yayasan Akalbudi. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 13 October 2026 07:37:27 GMT
22388
201
28
18

Music

Download

Comments

user5426524990385
star :
Charge
2026-10-13 16:05:25
0
ctlimlim
Ctlim Lim :
Destinasi ke Kajang
2026-10-13 08:25:12
9
bhtoh53
bhtoh :
Prosecutes him in the court!!!
2026-10-13 08:10:34
4
abd.jamil40
Abd Jamil :
tekanan kpd zahid sbb tak nk tubuh kerajaan bersama PH di N 9. dan umno tolak kerjasama dlm PRN Melaka
2026-10-13 12:55:36
6
shahshah6598
shah :
semua tunggu masak aje nak penjara 🤣🤣🤣
2026-10-13 12:06:43
5
mu_razz
mu_razz :
Salah guna kuasa
2026-10-13 13:01:46
4
hamidahaziz508
Hamidah Aziz :
Rayer ni tak layak jadi menteri
2026-10-14 03:05:24
0
yuri1234gmail.com1
yuri1234 :
terang2 memperkudakan pm
2026-10-13 14:50:53
0
bustamam.a.rahman
BUSTAMAM A RAHMAN :
Sebelah pihat peminpin DAP. Pun tolong ambil tindakan keatas pengerusi DAP KES TEROYONG
2026-10-13 14:28:54
0
lanhya74
lan :
yang ni aku sokong salah guna kuasa jalan ke Kajang lagi cepat lagi bagus tanpa Zahid UMNO akan pulih semula
2026-10-13 08:54:21
10
halim.bin.hj.awan
Halim Bin Hj Awang :
salah misti d tangkap
2026-10-13 08:36:32
5
mohditami
mohd :
rakyat semua dah tahu kes ini, semasa dalam perbicaraan di mahkamah tempoh hari,
2026-10-13 08:43:17
6
iamyuzli
Yuzli Mohd Yusoff :
tangkap dan dakwa guru dan anak murid
2026-10-13 07:47:02
8
r.rajkumar223
R.Rajkumar223 :
sala mesti sala tolong ambil tindakan
2026-10-13 10:44:17
3
nsem344
naz :
kes lim guan eng terowong xnak pulak raven n menyalak...atoni luk 314juta hutang jpj..sprm xnk pulak tangkap..diorg n tido ke kena tunggu arahan bos besar ? mcm mana buat kerja diorg n?🤣🤣🤣
2026-10-13 09:59:08
4
razak.awang5
jibon :
kenapa tak buka semula kes lewat dan rasuah datuk seri anuar dulu sudah nyata selama 20 tahun dulu.
2026-10-13 11:38:04
0
hantu.runner7.1
HANTU RUNNER :
UMNO PON BELA PENJENANYAH JUGA KE.. ???? SAKAU IS KiNG
2026-10-13 08:52:16
3
afendissy
Afendissy :
Tanya mana bini dia ada RM 900 juta dlm simpanan nya ? Tak ada kerja bolih jadi JUTAWAN dengan senang nya. MACC bolih siasat kes ini tanpa was was…
2026-10-13 12:08:01
2
suaib732
suaib :
kenapa prayer tidak bersuara semasa dari dulu lagi,kenapa sekarang.dap tetap dap hanya anwar pkr amanah saja boleh bersahabat dgn dap.no dap no dap no dap no anwar no amanah dap banyak menimbulkan keresahan kebencian rakyat semak manifesto dap agenda dap misi dap perlembagaan dap fikir fikirkanlah.
2026-10-13 23:28:33
0
wendytrang20
Wendy Trang :
DAP pineng ape ceta senyap je.. kes yg sama. hir toyo dh pun keluar penjara.. DAP pineng senyap mcm tu jeee.. pmx x adil la.. rakyat tengok jer
2026-10-14 05:33:19
0
man59828
Usman :
kes mafia keparat ape citer ha. yang itu jelutong tutup mata ke. bersepah lgi kes org politik ni. kes kuil haram bila nk selesai ha.
2026-10-13 15:54:34
0
rahmatmega77
rahmatmega77 :
Tolong settle kes zahid sebelum pru 16..dia nak diangkat jdi PM..klu ada kes mcmna nak jadi PM..
2026-10-13 13:23:18
0
zainimatnoor
ZainiMatNoor :
tangkap wak jahid pakai undang² sokma terus msuk jel bukit aman buat tangkapan tak dakwa dah ...
2026-10-13 09:09:41
1
user8344221931663
user8344221931663 :
[Innocent][Innocent][Innocent]
2026-10-13 09:42:05
1
suguraman8
suguraman :
[Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved]
2026-10-13 15:11:00
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About