@nabila.natasyaaaa: Dr Akmal beri tempoh 2 jam seorang pengguna Facebook mohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman di mahkamah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh dua jam kepada seorang pengguna media sosial untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman di mahkamah. Tindakan itu susulan satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan kononnya menggunakan wang curi untuk disalurkan sebagai bantuan kepada rakyat. Dr Akmal menegaskan, beliau terbuka menerima sebarang bentuk kritikan, namun tuduhan mencuri dan menghina usaha bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. "Saya boleh terima apa jua kritikan. Tetapi apabila menuduh bahawa saya mencuri dan menggunakan duit curi untuk bantu orang lain maka ia satu penghinaan terhadap diri saya. "Nak berbeza pendapat tidak ada masalah, tetapi menuduh dan menghina bantuan kepada rakyat ia satu perkara yang tidak boleh diterima. "Jika tidak ada permohonan maaf, kita jumpa di mahkamah," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau. Menerusi hantaran sama, Dr Akmal turut berkongsi tangkapan skrin komen individu berkenaan yang mendakwa bantuan yang disalurkannya menyamai tindakan mengambil wang sebelum menghulurkan sebahagian daripadanya kepada orang susah. Mengulas lanjut di ruangan komen, Dr Akmal menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai satu fitnah terhadap dirinya dan menegaskan sedia bersemuka di mahkamah sekiranya permohonan maaf tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. #ohmedia #as #creatorsearchinsights #viral
🧸
Region: MY
Tuesday 13 October 2026 13:43:49 GMT
Music
Download
Comments
….misa :
Klu tak ada angin tak kan pokok pergoyang
2026-10-13 23:20:13
12
Rajendaran Krishnan :
Tak payah melalak kalau dah betul ambil duit apa nak malu parti kita semua kaki2 sakau jadi tak payah nak Saman2 😂
2026-10-13 23:48:58
15
norma😘😘 :
btl tu YB Akmal saman sebab buat fitnah
2026-10-13 15:37:11
13
baboii🥽 :
Terbaik YB saman terus jgn bagi masa/tempoh agar dia tau langit itu tinggi ke rendah. Teruskan kerja amal kepada yg betul2 memerlukan nya YB.
2026-10-14 02:54:39
8
Daun Salam :
Sokong... Berani sbb benar
2026-10-14 04:06:39
7
NALZAM :
tak yah bgi tempoh lgi...saman terus manusia pemfitnah bagai tu
2026-10-14 04:42:08
1
Ahmad Ngadi :
Setuju dgn Dr Akmal👍
2026-10-14 04:05:56
2
mass mass :
Saman fitnah bagi miskin terus ...
2026-10-13 14:43:34
7
Sk 1511 :
2026-10-13 22:58:55
4
Roslan Lan :
ye saman ye terus tak payah bagi timpoh
2026-10-14 05:51:51
0
nampakdiintai :
2026-10-14 03:42:21
1
AbuBakarAwangNgah :
jgn bagi masa utk marah terus saman ratusan juta Dato'.
2026-10-14 05:44:42
0
Along74 :
hahahaha...mampu gelak jeee..🤣🤣🤣
2026-10-13 23:45:24
1
☞🔥 rᵒⓎ𝕊𝓐Μ@❻❼ 🍬♧ :
sokong✊🏻
2026-10-14 00:05:08
1
..... :
terbaik
2026-10-13 23:30:03
1
kamal77 :
umno kut...mcm tak biasa plak
2026-10-14 05:34:32
0
Noraini Ahmad :
hati2 yg tersakiti dengki iri hati cemburu melihat orang lain berjaya itu sebabjangan cakap ikut sedap mulut beliau kn seorang doktor ada kerjaya nya sekarang hadap dn hadamkn berani buat berani tsnggung
2026-10-14 05:13:15
0
🧸 :
👍
2026-10-13 20:31:40
0
tan loong :
2026-10-14 04:48:22
1
saadiah :
setuju akmal berani kerana benar 👍👍👍👍👍👍👍
2026-10-14 04:42:44
0
07jamalll :
saman je datuk Akmal...xpayah pakai budi bicara lg,,,
2026-10-14 05:35:58
0
SukriZain :
sokong dr akmal
2026-10-14 05:44:42
0
Asdansab :
samañ je Dato ..biar dia tau
2026-10-14 05:09:47
0
Miss.Kitty :
Kenapa dia selalu nak org minta maaf??😂😂😂
2026-10-14 05:44:03
0
YANA @ANA :
2026-10-13 20:32:07
0
To see more videos from user @nabila.natasyaaaa, please go to the Tikwm
homepage.