@astroaudionews: #JDT catat kemenangan pertama musim ini dalam saingan ACL Elit selepas tewaskan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers 2-0 di laman lawan. Marcos Guilherme muncul wira apabila jaringkan kedua-dua gol untuk bantu skuad Harimau Selatan raih 3 mata penuh biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain. JDT seterusnya akan bertemu kelab dari Thailand Port FC di laman sendiri, 27 Oktober ini. #AstroAudioNews