@mediaselangor: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 177. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Johor, selain Pasir Gudang, Kota Tinggi merekodkan bacaan IPU 166, Larkin (164), Pengerang (162), Batu Pahat (154), Kluang (152) dan Tangkak (151). 🌐 Klik pautan di bio untuk berita penuh #MediaSelangor #IPU #Jerebu