@chowkonyeow: Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim menjadi platform penting dalam membincangkan hala tuju pembangunan negara, yang mana ia turut meliputi intipati Belanjawan 2027 yang dibentangkan sebelum ini. Bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, Belanjawan 2027 membawa aspirasi untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, di samping memastikan nilai Madani terus diterapkan dalam kehidupan harian lokaliti rakyat seluruh negara. Diharap segala perancangan dan inisiatif yang digariskan dapat menyokong agenda pembangunan negara, khasnya Pulau Pinang dalam merealisasikan segala yang dirancang, dalam perancangan dan juga dalam proses pelaksanaan. #malaysiamadani #penang2030 #pulaupinang