@bernamaofficial: Setiap warga Kementerian Komunikasi termasuk di jabatan dan agensi mempunyai peranan yang saling melengkapi dalam memastikan agenda dan amanah kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin. Beliau berkata setiap individu dalam organisasi berkenaan sama ada bertugas di barisan hadapan mahupun di belakang tabir memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat bersama, sebagaimana semangat berpasukan yang diterapkan menerusi aktiviti sukan. “Dalam sukan, tidak semua orang boleh menjadi penjaring.. ada menyerang, ada bertahan, ada menjadi penjaga gol, dan ada juga tugasnya memberi sokongan di tengah padang. “Setiap orang tetap penting kepada pasukan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi sempena Hari Sukan Negara 2026 hari ini. #BernamaNews
bernamaofficial
Region: MY
Wednesday 14 October 2026 07:59:49 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bernamaofficial, please go to the Tikwm
homepage.