@mediaselangor: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu sebuah premis kediaman yang dijadikan pusat penjualan aksesori telefon berjenama dalam operasi membanteras barangan tiruan semalam. KPDN Selangor memaklumkan operasi di sekitar Klang dan Setia Alam itu turut membabitkan tindakan terhadap sebuah gudang penyimpanan dan jualan pelbagai produk penjagaan diri. “Pemeriksaan dan serbuan telah dilakukan terhadap satu premis kediaman yang dijadikan pusat penjualan aksesori telefon berjenama manakala satu lagi tindakan telah diambil terhadap sebuah gudang penyimpanan dan jualan pelbagai produk penjagaan diri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. #MediaSelangor #KPDNSelangor #aksesoritelefon #Klang