@berita.fmt: Sehingga 30 September 2026, pelaksanaan Projek PLSB Sungai Golok menunjukkan kemajuan fizikal yang positif melibatkan tiga (3) fasa utama seperti berikut: Fasa 1: Kemajuan fizikal sebanyak 73.01 peratus dan dijangka siap pada Julai 2027 melibatkan komponen projek iaitu pembinaan ban banjir di Sg. Golok, Sg. Lemal Lanchang dan Sg. Mentua, Pintu Air (Outlet Gate) Kuala Jambu, lima (5) buah rumah, pam pos kawalan PGA dan MTB; Fasa 2: Kemajuan fizikal sebanyak 3.16 peratus dan dijangka siap pada Oktober 2028 melibatkan komponen projek iaitu pembinaan tembok dwifungsi (tebatan banjir & keselamatan), menaiktaraf ban kiri Sg. Lemal Lanchang, pembinaan pos kawalan ATM dan PGA dan pembinaan rumah pam; dan Fasa 3: Kemajuan fizikal sebanyak 24.18 peratus dan dijangka siap pada April 2029 melibatkan komponen projek iaitu menaiktaraf Sg. Pengkalan Nangka, Sg. Meranti, Alor Mengkuang, Sg. Lanas, Sg. Golok dan Danau To' Uban. Pelaksanaan ketiga-tiga fasa ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh sistem tebatan banjir di kawasan Sungai Golok dan sekitarnya. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia kekal komited untuk memastikan setiap peruntukan awam diurus secara berhemah, telus dan berakauntabiliti, dengan penekanan kepada kualiti pelaksanaan serta manfaat kepada rakyat. Usaha ini akan terus diperkukuh bagi memastikan projek infrastruktur air dan pemuliharaan pesisir pantai dapat dilaksanakan secara lebih berkesan demi meningkatkan tahap perlindungan dan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi risiko banjir dan hakisan pantai. Selaras dengan komitmen Kementerian dan JPS, baru-baru ini pada 11 Oktober 2026, YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, bersama pegawai kanan PETRA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek bagi meninjau kemajuan pelaksanaan serta memastikan kerja-kerja projek dilaksanakan secara cekap, teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Berita FMT
Region: MY
Wednesday 14 October 2026 10:09:10 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @berita.fmt, please go to the Tikwm
homepage.