@imigresen.mlk: OPERASI BERSASAR: ENAM RESTORAN TOMYAM DIPERIKSA JIM MELAKA Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka telah melaksanakan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui Operasi Bersasar yang dijalankan di sekitar Negeri Melaka pada 12 hingga 13 Oktober 2026 melibatkan kekuatan anggota seramai 17 orang pegawai penguatkuasa. Hasil aduan awam dan maklumat risikan, Ops Selera yang bermula pada jam lebih kurang 10.00 malam itu menyasarkan 6 premis restoran masakan tomyam yang terletak di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah. Sepanjang operasi ini dijalankan, seramai 49 individu pelbagai warganegara telah diperiksa. Hasil pemeriksaan di 6 lokasi sasaran, seramai 25 individu warganegara asing telah ditahan dan ditangkap kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Sebanyak 5 Saman kepada Saksi turut diserahkan kepada pemilik dan pengurus premis yang diperiksa. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JIM Melaka untuk tindakan lanjut. JIM Melaka akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan dalam membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), warganegara asing yang melanggar syarat pas serta majikan atau pemilik premis yang mengambil kerja dan membenarkan PATI untuk masuk dan tinggal di premis mereka. #melaka #jimmelaka #imigresenmalaysia ยฉ๏ธ๐Ÿธ0๐Ÿธ๐Ÿผ ๐™ฑ๐™ฐ๐™ท๐™ฐ๐™ถ๐™ธ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ฟ๐™ด๐š๐™ฐ๐™ฝ๐™ฒ๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ๐™ฐ๐™ฝ ๐š‚๐šƒ๐š๐™ฐ๐šƒ๐™ด๐™ถ๐™ธ๐™บ ๐™ณ๐™ฐ๐™ฝ ๐™บ๐™ท๐™ธ๐™ณ๐™ผ๐™ฐ๐šƒ ๐™บ๐™พ๐š๐™ฟ๐™พ๐š๐™ฐ๐šƒ / ๐™น๐™ฐ๐™ฑ๐™ฐ๐šƒ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ธ๐™ผ๐™ธ๐™ถ๐š๐™ด๐š‚๐™ด๐™ฝ ๐™ผ๐™ฐ๐™ป๐™ฐ๐šˆ๐š‚๐™ธ๐™ฐ ๐™ฝ๐™ด๐™ถ๐™ด๐š๐™ธ ๐™ผ๐™ด๐™ป๐™ฐ๐™บ๐™ฐ

Imigresen Melaka
Imigresen Melaka
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 14 October 2026 10:50:17 GMT
226114
6197
174
2662

Music

Download

Comments

pemburu_walaun
Duan_Collection :
Kdai tomyam bkt ktil damai ni dh 2 hari tutup semalam elok je bkk. Kedai panel ke
2026-10-14 12:48:02
68
fendisiddiq
โค๏ธ Raid โค๏ธ Raudhah :
diorang dh tahu awal dh
2026-10-14 21:58:46
12
eid.eidt0
Eid Eidt :
Semalam je operasi... Kedai tom yam tepi rumah saya tutup. Hari ni rabu buka balik.. Ok je
2026-10-14 13:23:08
24
meriamjepun
Meriam Jepun :
tolong datang cek kt mitc area kota fesyen
2026-10-14 13:55:47
9
muhammadfirdaus0188
firdaus :
kedai tomyam besar besar lagi terang terang lampu.. tak kan tak nampak..
2026-10-14 13:15:21
9
zlkfli28
zlkfli28 :
SYABAS,TERUSKAN LEBUH AGRESIF
2026-10-15 05:30:29
1
jebat55590
๐Ÿ‡งย ๐Ÿ‡ฑย ๐Ÿ‡ฆย ๐Ÿ‡จย ๐Ÿ‡ฐย _๐Ÿ‡ทย ๐Ÿ‡ดย ๐Ÿ‡ธ :
taman perindustrian bukit Rambai.. bila lagi.. kedaiยฒ makan dan kilangยฒ tu semua
2026-10-14 14:13:44
8
nasir.long.chek
Nasir Long chek :
GILA PUNYA KERJA TAK HABIS2 OPERASI HUJAN PUN DAH BERHENTI...KACAU SAJA TK PERNAH AMAN PUN....SAMPAI BILA NI..BANGANG PUNYA KERJA....SALAH PILIH PEMIMPIN....
2026-10-15 01:38:06
2
langamarzz
Just Lang ๐Ÿ… :
Kedai mesin kt krubung hahah
2026-10-14 14:59:47
6
saleem.azeez
SALEEM AZEEZ :
Kedai mamak infsaha Batu berendam
2026-10-15 04:10:48
1
muhammadkhairi572
Muhammad Khairi :
Dkat ocean bila nk ambush
2026-10-14 13:50:16
6
aramaizhazrul
astra loopster :
ada kalangan pegawai yg x takut azab di akhirat MKN rasuah dan bocorkan maklumat operasi, sebab ada kedai yg tutup pd hari operasi.....harap maklong
2026-10-15 00:39:11
3
noonurma1406
N o r m a1 4 0 6 :
เธ—เธณเธ‡เธฒเธ™เธฃเน‰เธฒเธ™เธ•เน‰เธกเธขเธณเน„เธกเนˆเธกเธตเน€เธ›เธญเธฃเธกเธดเธ• เน€เธ‚เธฒเธกเธฒเธˆเธฑเธšเธญเธขเนˆเธฒเธ‡เธเธฑเธšเน€เธฃเธฒเน€เธ›เน‡เธ™เธ„เธ™เธฃเน‰เธฒเธขเน€เธฅเธข๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
2026-10-15 04:20:48
2
foryouhani
hanisuk shop :
tolong check sekali area2 Alor gajah
2026-10-15 00:29:15
2
daqmie_grab
Daqmie Grab Melaka :
kat area jasin lipat kajang pun ada kedai tomyam...
2026-10-14 13:19:06
6
riduanmamat3
RIDUAN :
teruskan JIM melaka
2026-10-14 12:57:39
5
ashrafaizhawa
hafizah :
Isnin Gan selasa semua kedai tmym tempat sy ttp.mcm dah tau2 je ade yg nak terjah.....๐Ÿฅฐ
2026-10-14 14:42:05
6
mr.nobody1779
Charizad :
Terbaik..kasi ambush kedaiยฒ tomyam ni
2026-10-14 16:32:18
0
suzanajntn
suznhjntn :
N9 pun byk Kedai tomyam
2026-10-14 11:40:59
3
eyhijab
Kucing๐ŸŽ€ :
Blh dtg sendayan plk kot ๐Ÿซฃ
2026-10-14 13:57:53
0
nene_po1
Nisreen budak bandar :
Apa salah ye tiba-tiba je Oi
2026-10-14 13:37:15
0
kpzack79
Kp Zack :
kedai mamak boleh periksa juga
2026-10-15 00:53:31
1
anuarw5
Wa :
kota Bharu x ada pun operasi... tidur kot
2026-10-14 15:55:33
0
khairulfahmi1001
Fahmi :
patut la kedai tomyam dkt bukit rambai nie tutup ade operasi rupe nye
2026-10-14 18:11:40
3
claradeepika08
Edrinaz Tisya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ :
Pulau gadong pun ada ni ramai dah bertahun duduk x de permit
2026-10-14 14:52:22
4
To see more videos from user @imigresen.mlk, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About