@berita.ks: KUALA LUMPUR, 14 Okt - Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa kredibiliti seorang pemimpin seharusnya dinilai melalui tindakan dan cara mereka berkhidmat kepada rakyat, bukannya melalui kata-kata atau perdebatan. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan oleh seorang individu berhubung tindakannya menolak cabaran debat terbuka daripada lawannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, iaitu Prof. Dr. Maszlee Malik. Menurut Onn Hafiz, sejak mengambil alih pentadbiran, beliau dan pasukannya telah bekerja keras tanpa penat lelah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada Bangsa Johor. Beliau mengakui wujud kelemahan, namun percaya sebahagian besar rakyat Johor dapat melihat sendiri manfaat daripada dasar dan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Beliau turut menyifatkan cabaran perdebatan itu sebagai satu cubaan meraih publisiti murahan oleh pihak yang datang ke negeri Johor. Justeru, beliau berpendapat adalah tidak adil untuk beliau mengorbankan masa dan memberikan ruang perhatian atau publisiti (limelight) kepada mereka. "Pemimpin tidak patut dinilai berdasarkan apa yang mereka katakan. Pemimpin tidak patut dinilai berdasarkan perdebatan. Pemimpin harus dinilai berdasarkan apa yang mereka lakukan dan bagaimana mereka berkhidmat kepada rakyat secara keseluruhan," tegasnya. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Wednesday 14 October 2026 12:53:15 GMT
Music
Download
Comments
senenas :
yg kuat elak debat ni sebenarnya takde idea, dia just akan bergantung kepada idea pegawai2 dia nanti. tu yang heboh cakap action2 penting tu. freerider la orang kata.
2026-10-14 14:37:20
194
Chenkov977 :
Debate is important bcoz at that point u cant bullshit when u come out with ideas coz, ur challenger will make u accountable if the idea is stupid. All of us know when u are in power, u come with a set of consultants and penasihat. By and large ideas come from them, u become the decision maker. Debate ENSURES u yourself have an idea of what is being proposed, so kalau u elak dari debate, tau2 je la.
2026-10-16 14:27:20
0
Muse :
ceh konon...Najib dah terbukti salah knp masih menyokong dan mengangkat dia?
2026-10-14 16:25:16
99
Ma'ah Olive :
agreed Dato' MB . let's Johorean judge outcomes till to the roots.
congratulations.
2026-10-14 14:30:48
33
Moses Lee 李宽明 :
if really have ball do lah,even Najib that's called as "hard working" by BN can accept Anwar debate while position as PM,not MB tho..so MB is bigger?
2026-10-14 17:12:23
4
jiwakental :
hahahahahahhaa jawapan dia sepatutnya senang je "saya tak berani" kami okay je😏😏😏
2026-10-15 05:49:00
19
Zacko :
cara menjawab dn bertanya mcm dh plan jer..baca skrip ke
2026-10-14 17:42:00
23
zeffryZen :
🥰debat perlu dibuat untuk membentangkan fakta...🥰dalam negara ni banyak FITNAH dan putarbelit...jadi debat dibuat untuk bentang fakta dan data..TAKOT berdebat maknanya kaki FITNAH 🥰
2026-10-15 00:49:50
16
naz :
TEPAT PADAT MANTAP ONN HAFIZ
2026-10-14 14:53:08
18
arasyyi :
tu la tu.. berdebat je kan.. last2 teks pon pegawai bawahan yang buat... 😁😁😁😁😁 baik la guna masa berdebat g buat keja di lapangan..
2026-10-14 17:01:48
18
qalbu :
tak layak la on hafis ni depat dengan mazli,,, UMNO pon harus di tukar pimpinan yg lebih mudah Dan segar,,,
vateren UMNO punca hura hara politics Malaysia
2026-10-15 02:07:38
5
nonamenoname_34 :
MB terbaik di Malaysia. Hope one day can be PM. No sy ulammm lg lps ni
2026-10-15 12:50:42
2
ramlah ismail :
debat buang masa...aibkan
2026-10-14 14:43:39
8
jepp :
Mana ada telor...umNO
Masa skloa ok.. je DEBAT
2026-10-15 05:50:56
8
Aliff Kencang :
menang sbb dia ni ade backup, tau² je la sape tu
2026-10-14 17:54:44
7
Am73 :
terbaik yb..rakyat tahu siapa bekerja keras utk kesejahteraan rakyat berbanding org yg tau Hu hai hu ha sja
2026-10-14 17:17:48
7
wiez :
ya Onn Hafiz utk Johor😁 gitu aje utk bawa Johor ke depan itu semua idea Pegawai dia
2026-10-15 01:57:59
2
hangkasa :
Mantap
2026-10-14 16:40:06
1
Sahrul Anuar :
Kos sara hidup di Johor tinggi
2026-10-17 08:54:39
0
Aidil Azlan :
benda dok onn ni
2026-10-15 18:54:26
0
metaforstudio_bp :
🤣
2026-10-16 05:00:43
0
Ery awning glass :
sudah sampai masa Student seluruh Malaysia bangkit protes.. minta kerajaan haramkan umno dri Malaysia.... trilion ringgit dut rakyat Malaysia di samun berdekad-dekad... ketua penyamun UMNO Najib Razak..habis syarikat dana awam dirompak penyamun umno... rakyat Malaysia dah sengsara terlalu lama... harap Student bangkit.... banyak contoh negara luar yg Student mereka bangkit merubah dasar kerajaan
2026-10-16 04:52:39
0
𝗙 💫 :
Semoga Allah lindungi MB JOHOR.AMIN
2026-10-17 01:37:41
0
Muhammad Khairuddin :
Tindakan hebat👍debat hebat..bonus.👍
2026-10-17 13:05:59
0
Night Always Comes :
mantap Tomok
2026-10-14 16:45:30
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.