@ceritasaya84041117: Zara sekali lagi tidak membalas kata-kata Arean itu. Arean mengeluh "Zara...saya nak awak tahu satu perkara. Sebaik sahaja kita tandatangan borang dekat pejabat kedutaan esok, awak bukan lagi sekadar gadis biasa yang terikat dengan kontrak." Arean merendahkan sedikit wajahnya, merapatkan jarak mereka sehingga Zara dapat merasakan nafas lelaki itu.  "Awak akan jadi isteri saya yang sah. Dan selagi saya masih bernafas, saya takkan biarkan sesiapa pun, atau apa-apa pun yang ada dekat dunia luar sana, datang untuk lukakan hati awak lagi. Jadi tolong... buang semua rasa takut tu jauh-jauh. Letakkan seluruh kepercayaan awak dekat atas bahu saya. Boleh, Sayang?" Zara tidak terus menjawab. Air matanya terus mengalir di pipi. Beberapa saat kemudian, barulah Zara bersuara. "Tuan, saya janji, selepas tempoh kontrak kita tamat... saya tak akan ganggu Tuan lagi. Saya akan simpan rahsia kita sampai bila-bila. Tuan jangan risau. Saya akan sentiasa jaga nama baik Tuan dan keluarga Tuan." Arean agak tergamam mendengar kata-kata Zara. 'Ya Allah, Zara... awak tahu tak yang bila-bila masa sahaja saya boleh batalkan kontrak itu? Tapi tak apalah... buat masa ini, saya diam dulu. Selepas kita diijabkabulkan esok, saya akan berterus terang pada awak tentang perasaan saya selama ini.'' Arean akhirnya bersuara. "Zara, kenapa awak asyik fikir tentang apa yang akan berlaku selepas enam bulan? Kenapa awak tak fikir tentang apa yang ada di depan mata kita sekarang?" Zara mengangkat wajahnya. "Saya cuma nak tunaikan janji saya, Tuan." "Dan saya tak pernah minta awak buat semua tu." Zara terkedu. Arean merenung wajah gadis itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Saya tak tahu apa yang akan berlaku enam bulan dari sekarang. Tapi saya tahu satu perkara. Esok, awak akan jadi isteri saya. Jadi, saya nak awak berhenti fikir yang awak cuma seseorang yang akan pergi selepas kontrak kita tamat." "Tapi, Tuan..." "Sudahlah, Zara." Arean memotong kata-katanya. Dia mengangkat tangan, lalu mengesat air mata yang masih membasahi pipi Zara menggunakan ibu jarinya. "Boleh tak untuk malam ni saja, awak berhenti fikir tentang kontrak tu? Saya tak nak awak menangis pada malam sebelum hari pernikahan kita." Zara terkedu melihat kelembutan lelaki itu. "Kenapa tuan baik sangat pada saya" Arean terdiam. Soalan itu membuatkan hatinya tersentak. Dia hampir sahaja meluahkan segala yang terbuku di dalam hati, tetapi dia segera menahan dirinya. 'Sabarlah, Arean. Esok... selepas dia sah menjadi isteri kau, 'kau akan beritahu dia semuanya.' Arean kembali tersenyum nipis sebelum menjawab. "Sebab awak bakal isteri saya, Zara. Tak salah, kan, kalau saya ambil berat diri tentang awak?" "Sudahlah. Masuk tidur. Esok hari penting untuk kita berdua." "Jom, Sayang. Abang temankan Sayang masuk." Panggilan itu sekali lagi membuatkan hatinya berdebar. Perlahan-lahan, Zara melangkah masuk ke dalam rumah bersama Arean. Sebaik sahaja tiba di dalam, mereka berpisah menuju ke bilik masing-masing. --- Di dalam biliknya, Arean duduk termenung di birai katil. Fikirannya kembali mengimbas kehidupan lamanya. Kelab malam, hiburan dan perempuan yang silih berganti mengisi hari-harinya. Dahulu, semua itu dianggap perkara biasa baginya. Dia tidak pernah memikirkan kesan perbuatannya, apatah lagi memikirkan dosa yang mungkin telah dilakukannya. Namun, malam ini entah mengapa, sebelum menjelang hari pernikahannya dengan Zara, segala kenangan itu datang bertimpa-timpa. Arean menundukkan kepala. Kedua-dua tangannya meraup wajah sebelum dia menghela nafas panjang. "Ya Allah..." Suaranya kedengaran perlahan. Matanya mula berkaca sebelum air mata mengalir membasahi pipi. "Selama ni, apa yang aku dah buat?" Dia mengesat air matanya, tetapi semakin cuba ditahan, semakin deras air matanya mengalir. 'Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku. Selama ini, aku terlalu lalai. Aku terlalu leka mengejar keseronokan dunia sehingga aku lupa untuk memikirkan apa yang telah aku lakukan.' Arean menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan.

ceritasaya
ceritasaya
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 14 October 2026 14:52:59 GMT
167
13
2
0

Music

Download

Comments

suzanasuradi
suzanasuradi :
Semoga dipermudahkan majlis nikah arean n zara 🤲
2026-10-14 15:43:07
0
zaharahawang609
zaharah@609 :
alhamdulillah arean dah sedar akan salah silapnya yg dahulu..🥰🥰🥰
2026-10-14 16:32:48
0
To see more videos from user @ceritasaya84041117, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About