اکاونت تيدق دتموي :
Tetaplah tersenyum walaupun ada beribu masalah yang sedang kau hadapi. Belajarlah untuk membahagiakan diri sendiri, menguatkan hati sendiri dan memujuk diri sendiri ketika dunia terasa terlalu berat untuk dilalui. Tidak semua kesedihan perlu diceritakan, tidak semua luka perlu ditunjukkan, dan tidak semua masalah perlu diketahui oleh orang lain. Ada kalanya, kita hanya mampu diam, menarik nafas panjang, mengesat air mata yang jatuh, lalu kembali tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Hakikatnya, menjadi kuat bukan bermaksud kita tidak pernah menangis. Menjadi kuat juga bukan bermaksud kita perlu sentiasa berpura-pura bahagia di hadapan semua orang. Tetapi menjadi kuat ialah apabila kita masih mampu bangkit walaupun berkali-kali jatuh, masih mampu melangkah walaupun hati sedang terluka, dan masih mampu memberikan senyuman walaupun jauh di sudut hati, ada seribu satu perkara yang sedang kita perjuangkan sendirian.
Belajarlah untuk tidak terlalu berharap kepada manusia, kerana tidak semua orang akan sentiasa ada ketika kita memerlukan mereka. Ada yang hadir ketika kita bahagia, tetapi perlahan-lahan menghilang ketika kita sedang diuji. Ada yang mendengar cerita kita, tetapi tidak benar-benar memahami apa yang kita rasa. Dan ada juga yang kita sangka akan menjadi tempat untuk bersandar, akhirnya menjadi sebab kita belajar berdiri dengan kaki sendiri.
Daripada situlah kita belajar bahawa kebahagiaan tidak boleh sentiasa bergantung kepada kehadiran seseorang. Kita tidak boleh mengharapkan semua orang memahami perasaan kita, menghargai pengorbanan kita atau membalas kebaikan kita seperti yang kita harapkan. Kadangkala, kita perlu belajar menerima bahawa tidak semua perkara akan berjalan seperti yang kita inginkan, dan tidak semua orang akan melayan kita sebagaimana kita melayan mereka.
Jadi, mulai hari ini, belajarlah untuk menyayangi diri sendiri. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri hanya kerana hidupmu belum sempurna. Jangan membenci dirimu hanya kerana ada perkara yang belum berjaya kau capai. Jangan merasakan dirimu tidak berharga hanya kerana ada seseorang yang gagal menghargai kehadiranmu. Kau juga manusia biasa yang berhak untuk penat,
2026-10-15 21:43:20