@newswav: Keadaan jerebu tebal di Simpang Renggam, Johor pagi ini mencetuskan kebimbangan apabila jarak penglihatan dilihat sangat terhad sehingga menyukarkan pengguna jalan raya untuk melihat keadaan di hadapan. Situasi itu dikongsikan seorang pengguna media sosial menerusi rakaman yang dipercayai dirakam kira-kira pukul 7.35 pagi tadi (15 Okt). Rakaman berkenaan memaparkan jalan raya di kawasan tersebut hampir ‘hilang’ daripada pandangan dengan hanya lampu jalan dan lampu kenderaan kelihatan samar-samar dari kejauhan. “Dekat mana ni? Sampai tak cam jalan dekat Simpang Renggam sebab terlalu tebal jerebunya,” komen seorang netizen. Seorang lagi pengguna turut meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak yang perlu bergerak ke sekolah dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad. “Pada tahap ini, kami risau mengenai perjalanan anak-anak ke sekolah. Harap pemandu van, bas, ibu bapa dan semua pengguna jalan raya diberikan penglihatan yang jelas ketika memandu,” kata seorang pengguna. Dalam pada itu, perkongsian berasingan turut memaparkan keadaan berjerebu di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dengan jarak pandangan di lebuh raya kelihatan terhad. #viral #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia #fyp #tiktok
Newswav
Region: MY
Thursday 15 October 2026 08:45:00 GMT
Music
Download
Comments
Biko Sazali :
ini baru betul time untuk pakai foglamp. ni jalan clear pun gi bukak foglamp. mende 😂
2026-10-15 11:52:17
199
ShamMBfKL :
1 hari pasti ada berlaku kemalangan jika tak hati²
2026-10-15 08:56:14
89
30 :
kalau dah ramai bagi tahu 😅😅
2026-10-15 08:57:42
30
NOOR AZEB BIN MOHD NOOR :
Awal pagi jam 3.30am tadi saya gerak dari RNR Macap hala balik ke rumah di Kuala Langat lagi teruk dengan awal pagi, hujan dan jerebu. Balik awal sebab dapat cucu sulung semalam.
2026-10-15 10:49:13
13
Æⁿ⁰ⁿ¥m⁰u⁵ :
masa ni la fog light berguna
2026-10-15 10:13:27
6
Jackson_578 :
2026-10-15 10:20:11
1
Mika26 :
x pyh la keluar rumah mcm ni.. bahaya btl
2026-10-15 14:42:06
0
🐣 :
waktu gini frog lamp function
2026-10-15 14:56:36
0
نورول🌸 :
campur hujan lebat jerebu ..nak nangis drivee woiiii[Menangis] elak langgar lory depan
2026-10-15 14:32:55
0
justhink5🇲🇾 :
jerebu campur kabus ni...sbb malam tadi hujan lebat
2026-10-15 15:09:00
0
Nadia Baharudin :
Bahaynya
2026-10-15 14:38:21
0
rajesnara :
kena jaga...omg
2026-10-15 14:05:05
0
XDteamMusicStudios :
2026-10-15 14:36:16
0
ana :
Bp memang tengah teruk ke sekarang? Khamis depan nak kena turun bp 😭
2026-10-15 13:34:50
0
CY Lam :
Shiok macam naik Genting dan cameron tapi panas je, sekolah sekejap buka sekejap tutup
2026-10-15 11:51:49
0
BiByJean :
Bahaya ni
2026-10-15 12:17:04
0
TulisPakaiSiku👻 :
camne nak on foglight tu. tak pernah pakai tak reti😅. tolong please
2026-10-15 13:03:47
1
Nuriman Mustapa :
ini lah masa tgk function lampu kuning
2026-10-15 11:47:42
0
zuzue_21 :
jgn drive wei bahaya
2026-10-15 11:47:36
0
eunu :
nak tekan like pun tak nampak butang kat mana
2026-10-15 12:18:16
0
select :
teringat jerebu di kg delek klang tahun 2005, sy sekolah rendah lg masa ni.. sebiji mcm ni..
2026-10-15 12:02:54
0
Nor Hayati Yati :
Memng betul pun.. Pg td tebal betul jerebu...
2026-10-15 12:02:58
0
aoi.itx :
2026-10-15 08:50:15
0
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm
homepage.