@mediaselangor: Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka N95 sekiranya perlu melakukan aktiviti luar ketika jerebu berikutan keupayaannya menapis partikel halus bersaiz 2.5 mikron (PM2.5) yang boleh memasuki sistem pernafasan dan membahayakan kesihatan. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sekiranya pelitup muka N95 tidak dapat diperoleh, pemakaian pelitup muka tiga lapis boleh dipertimbangkan sebagai langkah perlindungan tambahan yang terhad. #MediaSelangor #Jerebu #KKM #PelitupMuka