@warungkari: “Terima kasih Merlimau. Selepas ini ke mana?” Itulah hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Facebook yang menimbulkan persoalan mengenai hala tuju politiknya menjelang PRN Melaka. Akmal turut menyebut kemungkinan bertanding di Serkam atau Sungai Rambai. Adakah ini petanda beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Merlimau? Sebelum ini, Akmal juga pernah menyuarakan kesediaan UMNO bekerjasama dengan PAS dalam PRN Melaka. Malah, beliau mahu konsep penyatuan ummah diterjemahkan kepada kerjasama sebenar dalam pilihan raya dan sanggup menyerahkan kerusi Merlimau kepada PAS. Kalau benar Akmal mahu meninggalkan Merlimau dan sebelum ini sanggup memberi laluan kepada PAS, persoalannya sekarang: adakah beliau sedang membuka jalan untuk kerjasama UMNO-PAS, atau sekadar mencari gelanggang baharu? Tapi kenapa Akmal sebut Serkam dan Sungai Rambai? Bukankah Serkam sudah diwakili Datuk Zaidi Attan dari Barisan Nasional. DUN Sungai Rambai juga diwakili Barisan Nasional, Datuk Siti Faizah. Adakah ada perancangan dalaman untuk mengenepikan sosok tertentu dalam UMNO Negeri Melaka? Buat masa ini, Akmal belum mengumumkan secara rasmi kerusi yang bakal ditandinginya. - Warung Kari