@keadilan.gerik: KECIL BAGI SESETENGHAH ORANG, BESAR NILAINYA BUAT KAMI. Selama ini, setiap kali tunggu ubat sampai kat rumah melalui pos, memang dah terbiasa bayar caj penghantaran RM5.60 / RM5.70. Benda dah jadi rutin harian. Lagipun ubat memang dah percuma ditanggung kerajaan, jadi caj pos tu kita anggap biasa la kan. Tapi bila bungkusan ubat sampai baru-baru ni, terkejut bila tengok ada cetakan jelas kat sampul: 👉 "CAJ PENGHANTARAN UBAT INI DITANGGUNG OLEH KERAJAAN MADANI" Masa semak dalam sistem pun memang tertulis caj ditanggung sepenuhnya. Alhamdulillah! Terima kasih Kerajaan Madani & Terima Kasih PMX! ❤️ Mungkin ada sesetengah pihak akan kata, "Eleh, RM5.60 je pun nak heboh..." Tapi cubalah darabkan kalau 10 kali penghantaran, dah RM56.00! Bagi rakyat biasa, warga emas, atau pesakit kronik yang perlu ambil ubat setiap bulan, nilai RM56 tu sangat besar maknanya. Boleh guna untuk beli barang dapur atau keperluan asas lain. HAKIKAT YANG PERLU DITERIMA Mungkin perkhidmatan terbaik macam ni tidak disukai atau sukar diakui oleh sesetengah pihak. Tapi inilah HAKIKATNYA hari ini. Kerajaan sentiasa berusaha memberi yang terbaik dan meringankan beban rakyat dari sekecil-kecil perkara. Bila kita belajar untuk menghargai dan bersyukur, nikmat itu rasa lebih manis dan berkat. Teringat firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"." (Surah Ibrahim: 7) Semoga usaha murni seperti ini berterusan demi kesejahteraan kita semua. #KerajaanMadani #MalaysiaMadani #YakinMadani
Keadilan Gerik
Region: MY
Thursday 15 October 2026 22:10:34 GMT
Music
Download
Comments
PistengWuzere :
MADANI.........abis tu dulu delivery ubat, subsidi ubat ditanggung sapa.......🤣🤣🤣🤣
2026-10-16 02:39:47
0
creambear :
sebarkan kebaikan..yg ramai anggap remeh dan semua perkara diperkotak katikkan..
2026-10-16 02:22:43
7
azwan azlan :
betul..saya pun dpt free pos
2026-10-16 00:55:53
6
Szulaikha :
alhamdulillah..sy pun pos ditanggung gov 🥰🤲
2026-10-16 11:09:13
1
Abdul Malek Adam :
🥰🥰🥰🥰🥰 PMX 🥰🥰🥰🥰🥰
2026-10-16 20:40:58
0
Hizatraman :
Alhamdulillah....
2026-10-16 01:44:24
4
To see more videos from user @keadilan.gerik, please go to the Tikwm
homepage.