@nona.my: Jam 2.00 pagi, di hadapan pintu kecemasan hospital, suami dan anak kecilnya setia menunggu. Momen itu menjadi antara kenangan paling sukar dilupakan Nordiana Mohd Sha'ari sepanjang perjuangannya melawan kanser payudara. Dalam keadaan diri sedang diuji, melihat insan tersayang menanti penuh harapan cukup meruntun hati. Saat itulah dia sedar, perjuangannya bukan lagi tentang dirinya seorang, tetapi juga demi keluarga yang tidak pernah berhenti berada di sisi. Bagi peguam hartanah ini, kasih sayang suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk terus bertahan hingga sekarang. Di sebalik setiap kesakitan dan air mata, ada cinta yang membuatkannya enggan menyerah. Kisahnya mengingatkan kita bahawa kadangkala, kekuatan terbesar hadir daripada insan yang setia menunggu, walau dalam detik paling sukar. Saksikan vodcast penuh Nona Pinktober di YT & FB Majalah Nona ✨🎀 #majalahnona #nonapinktober

NONA
NONA
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 17 October 2026 02:00:00 GMT
1022
28
0
2

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nona.my, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About