@ohmymedia.cc: Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan syarikat Bubblebee sedang melunaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi pembayaran secara ansuran sejak Januari 2026. Menerusi perkongsian di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, pembayaran berkenaan sudah berjalan selama 10 bulan dengan baki tempoh ansuran selama 14 bulan lagi. Penjelasan itu dikongsikan bagi menjawab dakwaan berhubung kegagalan syarikat berkenaan menyelesaikan caruman KWSP pekerjanya. “Saya ingin nyatakan tentang KWSP, di mana sekarang ini alhamdulillah, Bubblebee telah pun membuat bayaran ansuran selama 10 bulan kepada KWSP bermula bulan Januari 2026. “Insya-ALLAH akan berbaki lagi 14 bulan. Saya sedar saya manusia yang tidak sempurna, selalu berbuat salah, selalu buat dosa, jadi saya mohon maaf, saya mohon maaf, saya mohon maaf di atas kekhilafan saya,” kongsinya. Dalam perkongsian sama, Shuib turut menyertakan tangkap layar yang menurutnya menunjukkan bukti pembayaran oleh syarikat tersebut. Bapa kepada empat cahaya mata itu turut merayu orang ramai supaya tidak memboikot perniagaannya susulan kontroversi membabitkan dirinya dengan rakan pelawak, Jep Sepahtu. Menurut Shuib, pendapatan daripada perniagaan yang diusahakan menjadi sumber untuk menyara keluarga serta membayar hutang syarikat, termasuk tunggakan caruman berkenaan. “Saya mohon sangat-sangat, berhentilah membuat apa-apa lagi andaian, kecaman, makian ataupun fitnah ke atas saya, isteri, anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya,” jelasnya. Shuib turut menyebut Sepah Penyey, Bubblebee, Nusantara Food dan Sambal Hitam sebagai perniagaan yang menjadi sumber pendapatan keluarganya ketika ini. “Janganlah kerana marahkan saya, kerana benci kepada saya, perniagaan saya diboikot, sedangkan perniagaan saya sah dan halal. “Saya anggap ini adalah ujian dan balasan di atas kekhilafan saya yang telah pun saya lakukan,” ujarnya. Terdahulu, Shuib memohon maaf kepada Jep berhubung sindiran terhadap rakannya itu ketika mengendalikan Dol’s Podcast. Kontroversi tersebut mendapat perhatian selepas Jep berkongsi potongan klip podcast pada 8 Oktober lalu yang memaparkan Shuib dan Mamat meminta pandangan Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa tidak adil. Meskipun tiada nama disebut dalam perbualan itu, ia dikaitkan dengan Jep yang juga anggota kumpulan Sepahtu. Menerusi hantarannya, Jep turut menasihati Shuib supaya memberi perhatian kepada perkara lebih penting, termasuk menyelesaikan isu tunggakan caruman KWSP perniagaannya. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin kemudian berkongsi resit pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun. Menurutnya, perkongsian itu bertujuan membuktikan dirinya tidak mengambil hak orang lain, bukannya untuk bermegah dengan jumlah zakat yang dibayar.

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 16 October 2026 02:26:42 GMT
176873
2849
76
99

Music

Download

Comments

abam0yen91
abamOyen :
masa dia potong epf pekerja dia, duit tu pegi ke mana???
2026-10-16 05:18:36
175
luqman.halim3
Luqman Halim :
mne resit pembayaran?
2026-10-16 10:09:55
33
farid_antracol70wp
FARID ANTRACOL 70WP :
jadual dgn resit berbeza ke gais 🤣🤣🤣
2026-10-16 11:36:31
26
mjhouse5
PleaseWait.. :
zakat jep steady lebih dr kwsp ni😂
2026-10-16 07:42:45
34
8242adnan
Adnan Osman :
Kalau ikutkan sebulan skip kwsp dah kejar, mungkin sykt dia besar bole skip bertahun2 kot.
2026-10-16 10:34:03
18
lacar_442
neslow ais :
natizen bising baru baru epf...kalau xbising xde epf,dlm slip kena potong
2026-10-16 10:06:32
29
musangberjanggut0802
musang sg. manik :
sama tak? macam tempat kerja saya kena bayar ansuran hakikatnya habuk pun tak ada hampir dua tahun menunggu.
2026-10-16 14:00:27
13
madi.keciq
🤑MaDi kEciQ👾 :
2027 terrr
2026-10-16 10:28:38
0
syah4reverr
syähh😶‍🌫️ :
kaya susah,tak kaya Pon susah...kesimpulannya,hawa nafsu kita sendiri. Rasa tersasar jauh,cepat2 lah pulang ke pangkal dan tekad tak mengulangi.
2026-10-16 08:49:14
15
husnanawwarloksin
🇲🇾 N A W W A R 🇲🇾 :
hahaha tak mau kalahhhh..🤣🤣🤣
2026-10-16 09:21:30
13
niceguyontt
Niceguy :
eb. dalam kwsp ada interest . bayar sekali dengan interest tak
2026-10-16 12:04:01
6
rassglobal
rassglobal :
dia dah tak boleh lari setiap bulan kena bayar kat EPF dan tunjuk bukti kat mahkamah epf yg dia dah buat bayaran tunggakan kena tunjuk bukti resit bayaran.
2026-10-16 11:44:24
2
nekkooyen
mi :
untung Banyak pun sakau duit kwsp pekerja😂
2026-10-16 11:40:36
1
aku_abull
aku_abull :
cuci2
2026-10-16 10:27:01
1
miszue29
misszue :
kami nak resit. nak resit
2026-10-16 10:34:19
1
kamidibelakang_ahliulama
UNLCE AKMAL86 :
2027?
2026-10-16 07:05:24
3
janualbatross
Janu Albatross (JA) :
bnyak jgk kwsp nk kena byar..
2026-10-16 13:41:53
0
jikun001_
𓆩ΔCHIҜz𓆪 :
Untung 150juta setahun ? 👀
2026-10-16 08:04:01
1
hisham_tex
Is :
Xpayah duk kaji lah hutang orang .sttle hutang masing2 .
2026-10-16 08:57:18
5
user42707510487562
Sarina :
pendedahan Jep zakat nya mendapat pujian dari amanah zakat... pendedahan awak bayar kembali KWSP/ socso bekas pekerja.. tahniah tetapi datang komen berbagai arap2 awak bersabar mendengar nya🥰
2026-10-16 08:26:09
8
hello_khalid
hello_khalid :
tu jadual pembayaran ib
2026-10-16 10:30:06
7
nano86695
Zuraida :
hidup kita ni jgn suka buka aib org.sbb aib kita sendiri dah lama terlondeh.
2026-10-16 12:13:30
0
solfazid
solfazid :
Baca bawah tu, dikehendaki bayar, bukan sudah bayar 😂
2026-10-16 14:11:59
0
ijall.26
RIZAL :
@
2026-10-16 14:13:01
0
danish_cat
Danish_Cat :
Alhamdulillah.... semoga Allah swt memudahkan segala urusan
2026-10-16 09:18:30
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About