@berita.ks: KUALA LUMPUR, 16 Okt - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia digesa untuk tampil menjelaskan asas undang-undang yang membenarkan pelaksanaan perintah tahanan rumah di negara ini. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Dato' Mahfuz Omar membangkitkan persoalan tersebut susulan pengesahan bahawa bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak akan menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta. Tindakan itu mencetuskan tanda tanya memandangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan bahawa Akta Tahanan Rumah masih lagi dalam proses penggubalan. "Persoalannya mudah: apakah peruntukan undang-undang, peraturan atau kuasa sedia ada yang digunakan untuk melaksanakan tahanan rumah terhadap seorang pesalah yang telah disabitkan dan sedang menjalani hukuman penjara?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini. Mahfuz menegaskan bahawa walaupun beliau menghormati sepenuhnya kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, namun persoalan mengenai tatacara dan asas perundangan bagi pelaksanaan perintah tersebut masih perlu dijawab demi menegakkan kedaulatan undang-undang. Beliau berpendapat rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kedudukan sebenar dari sudut perundangan agar tidak timbul kekeliruan berhubung sistem keadilan negara. "Jangan bina rumah tanpa pelan, kemudian apabila dipersoalkan, barulah mencari pelan untuk menerangkan bagaimana rumah itu dibina. Begitu juga dalam pelaksanaan kuasa negara, asas undang-undangnya mesti jelas dan boleh diterangkan kepada rakyat," bidasnya. Beliau mengakhiri kenyataannya dengan mendesak pihak KDN untuk menjelaskan perkara itu secara terbuka sekiranya langkah yang diambil sememangnya mempunyai sandaran undang-undang yang jelas. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Friday 16 October 2026 04:21:57 GMT
Music
Download
Comments
JoeHari :
kenapa ye.. dia org ni takut sangat dgn SI najip ni.. kan dia dah kena penjara.. Tak ada kerja lain ke.. rak kat luar sana sengsara nak idup ooii..
2026-10-16 10:12:08
0
IZACK :
yg d Sabah tu kau tak tanya...
2026-10-16 04:38:35
0
sitiliza420 :
Skrg ni dh sampai bab....PENGAMPUNAN YDPA...lh...
2026-10-16 07:58:01
0
givera :
klu ko nak tahu, ko masuk lah dlm penjara dulu, pastu buat permohonan tahanan rumah.. cuba la try, tak cuba tak tahu kann.. 😁
2026-10-16 05:03:53
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.