@dap_tikthetok: Peruntukan Ahli Parlimen bukan sekadar untuk program kemasyarakatan, malah boleh dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan mendesak agensi kerajaan seperti polis dan bomba. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hannah Yeoh berkongsi pengalamannya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu membiayai pembaikan kemudahan dan pembelian peralatan penting. Beliau turut menjelaskan bahawa penyaluran melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) membolehkan keperluan agensi ditangani dengan lebih cepat, khususnya yang tidak termasuk dalam perancangan bajet tahunan.