@ohmymedia.cc: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim supaya tidak datang menghadap baginda selagi kenyataan berhubung kedudukan baginda tidak ditarik balik. Titah itu dirakam menerusi sebuah video yang tular di media sosial, dipercayai selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Pilah, hari ini. Dalam rakaman berkenaan, baginda mempersoalkan tindakan Ismail yang didakwa mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menyatakan keputusan dibuat bersama barisan Exco adalah sah dan baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. “Ismail Lasim telah tulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengatakan keputusan yang dia buat bersama Exco adalah sah dan saya bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. “Jadi, datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa dia kata itu, jangan datang jumpa saya. Pergi, jangan jumpa saya, saya tidak mahu jumpa kamu, faham? “Saya Yang di-Pertuan Besar, tetapi kamu kata saya bukan lagi Yang di-Pertuan Besar,” titah baginda dalam video berkenaan. Terdahulu, kemelut institusi diraja Negeri Sembilan tercetus susulan proklamasi Undang Yang Empat pada 19 April lalu bagi menurunkan Tuanku Muhriz daripada kedudukan baginda. Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai kemudian memutuskan proklamasi itu tidak sah, namun barisan Exco kerajaan negeri pada 16 September mengumumkan pendirian sebaliknya. Susulan itu, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan atas alasan memungkiri sumpah jawatan. Raja-Raja Melayu sebelum ini turut menyeru supaya pertikaian tersebut diselesaikan mengikut undang-undang dan adat Negeri Sembilan tanpa campur tangan atau unsur politik daripada pihak luar.

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 16 October 2026 09:30:00 GMT
284512
4010
333
276

Music

Download

Comments

ckenis.az
Serambi 🎀 :
Sabar MB. Anda dah bagus jalankan tanggungjawab sebagai MB negeri sembilan
2026-10-16 10:15:16
257
loveshobby
Minat Hobi :
MB steady
2026-10-16 10:51:53
16
hi_nan50
Hi Nan Shop :
MELAKA JANGAN SILAP PILIH CALON MCM GINI YAA
2026-10-16 11:23:18
70
tehonipis__
Harris@89 :
mb tk salah pun..mb ada pilihan rakyat
2026-10-16 11:22:03
113
rannur6
Raa :
raja bermasalah.jgn libatkan kuasa mb untuk mentadbir n9.hormat kuasa rakyt yg memilih
2026-10-16 11:31:50
140
bulandeklan85
bulanterang85 :
satu Malaysia tgk..bagus mb tetap tenang..semoga diberikan kesabaran hati yg tinggi buat mb 🤲🏻
2026-10-16 11:33:26
81
penarajawali
ungku sangkuriang :
terbaiklah MB N9...
2026-10-16 11:17:09
28
karim25071
karim :
org ph lah yg punca nya
2026-10-16 11:20:36
36
zaifika
zaifika :
yg buat nk jatuh kan undang2 n.9 puak ph
2026-10-16 10:32:52
88
hfar.tiktok89
hfar.tiktok :
MB penyabar dan kekal tenang tanda. Berat ujian MB pada hari Jumaat mulia di rumah Allah.
2026-10-16 15:14:03
7
mohd.azizul26
mohd azizul :
steady yb
2026-10-16 11:28:27
3
noordin1978
Ikmal78 :
Terbaik MB tetap tenang.... Roda itu sentiasa berputar....
2026-10-16 10:10:44
76
maringganbongkak
maringganbongkak :
Kerja umno ph pula di salah kan...
2026-10-16 12:06:06
11
paktehs
Pakteh Bell :
STEADY MB.👍 MRR Noted..😊
2026-10-16 09:42:10
55
sssoph77
sssoph :
terbaik mb
2026-10-16 09:42:35
48
razif.yahya
razif yahya :
Sabar MB..anda org Pilah yang terbaik
2026-10-16 10:51:31
50
haikalkimie94
Haikal Kimie :
Isunya adalah tak mampu terima Qada dan Qadar.
2026-10-16 12:19:43
7
norfarahani.ani
Norfarahani Ani :
Good job
2026-10-16 10:35:08
0
30745832697
ad dukhon :
apa2 peraturan pun kna patuh pada kehendak rakyat yg memilih
2026-10-16 12:48:44
7
lompatkuat
akulani :
terbaik Mb..memang betul anak jantan..alhamdulillah rakyat N9 tidak salah memilih[Kiss drop]
2026-10-16 12:41:22
8
rahman21074
Rahman :
walaupun murka jgnlah sampai mengaibkan oranglain
2026-10-16 11:32:17
22
rizba_59
Rizba 59 :
kalau mengikut undang yg empat mengatakan bahawa beliau bukan lagi yg Pertuan dah
2026-10-16 15:16:38
7
shamsul_31
Shamsul :
Allah SWT mengatur segalanya. Mana Adap & Bahasa. Aib sedang di buka. Macam mana rakyat menilai perilaku yang begini.
2026-10-16 12:04:20
26
gshdhs202
gshdhs :
MB menjalankan tugas .
2026-10-16 11:48:37
15
jandasgle30
momy F@ris@ :
ya Allah dalam kawasan masjid kot.... 😳😳😳
2026-10-16 11:17:13
46
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About