@astroaudionews: Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martínez dikenakan denda oleh kelab susulan luahan emosinya selepas kekalahan kepada Atlético Madrid, menurut BBC. Martínez sudah mengadakan pertemuan dengan Michael Carrick dan pihak pengurusan kelab bagi menyelesaikan perkara itu. Terdahulu, Martínez secara terbuka mengkritik pihak pengurusan kelab berikutan kekalahan 0-2 kepada Atlético Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, sambil menyuarakan keperluan pelaburan lebih besar bagi membolehkan Manchester United bersaing pada peringkat tertinggi. #AstroAudioNews