@bernamaofficial: Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, berdasarkan semakan silang kementerian yang dilakukan sebelum ini. #BernamaNews #jerebu #Indonesia @fahmi.fadzil @komunikasi_gov