@scoopdotmy: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan kemurkaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim berhubung krisis institusi diraja yang berlarutan di negeri itu. Menerusi video berdurasi 50 saat yang tular di media sosial, Tuanku Muhriz enggan bertemu dengan Ismail, yang dipercayai mahu menghadap baginda selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Pilah, hari ini. Dalam video itu, Tuanku Muhriz mempersoalkan kenapa Ismail mahu menghadap baginda sedangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juaseh itu sebelum ini menyatakan Tuanku Muhriz bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. #TuankuMuhriz #IsmailLasim #NegeriSembilan